Showing posts with label epilog hidupku. Show all posts
Showing posts with label epilog hidupku. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Sebuah Perjalanan..


-Tulisan lama tahun 2010-

-->Perjalanan hidup ni hampir 23 tahun terasa amat sekejap. Ada saatnya rasa amat rindu pada masa lalu. Bagaikan ingin terbang semula menikmati detik terindah yang pernah hadir mewarnai lukisan sebuah pengembaraan. Namun realitinya, aku harus terus berjuang di sini.

Sedikit ingin kukongsikan, tanggal 7 oktober 1987, setelah 20 hari usia kelahiranku, ayah kembali kerahmatullah. Meninggalkan mak yang sakit, 3 kakak dan seorang abang yang semuanya masih kecil. Aku jarang sekali menyebut masa kecilku, walaupun saat itu kurasakan amat panjang. Yang sangat membekas di jiwaku adalah: betapa sukarnya ibu tunggal yang dalam keadaan dirinya sakit, berjuang menoreh, bersawah, mengambil upah bertani semata-mata untuk membesarkan anak2.


rumah pprt -tempat kami adik beradik membina harapan

Aku ingat lagi, sejak dari kecil aku dibawa ke kebun getah. Dengan kelambu yang dipasang untuk mengelakkan nyamuk aku menanti mak , kakak dan abang menyelesaikan kerja2 di kebun. Hinggalah ke sekolah menengah kami adik beradik mahir dalam menoreh. Bagiku menoreh sangat memberikan kepuasan. Saat itu- aku pernah bercita-cita menjadi seorang penoreh getah.

Aku senang sekali dapat bekerja di sawah. Mengambil upah mengerat padi- tokngah membayar 2 ringgit bagi padi2 yang dikerat. Sawah adalah duniaku dan teman2. Berkubang, sambil mencari siput sedut, membuat belat bagi memerangkap ikan, bermain perang2 dengan jerami padi adalah detik terindah bagi kami. Sungguh aku sangat rindu semua itu.

Kakak sulungku hanya bersekolah hingga darjah 6. Kemudiannya terus bekerja untuk menyara adik2. Sama seperti kakak keduaku yang terus bekerja kilang sehari selepas menamatkan SPMnya. Aku sangat terhutang budi kepada mereka yang sanggup bersusah demi adik beradik.

Aku kurang menyintai alam persekolahanku. Sejak dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 4 aku seringkali tak gemar ke sekolah. Aku merasakan ada guru2 dan teman2 yang sering tak adil padaku. Hanya satu tempat yang membuatku masih bertahan= Perpustakaan. Di sekolah rendah lagi setiap hari aku menghabiskan hampir 4 buah novel.
Novel2 dan pembacaanku memberikan sebuah harapan untuk masa depanku. Aku tak tau bagaimana jalan yang harus ketempuhi suatu hari nanti. Di hadapan rumah- di bawah pohon rambutan menghadap sawah padi yang terbentang luas- aku selalu termenung, adakalanya membina angan2.. untuk pergi jauh dari dunia yang semacam tidak adil buat kami waktu itu. Setiap kali pelangi singgah harapanku bertambah kuat. Aku tahu, aku harus menjadi lebih baik. Demi keluargaku.
                                    
Selepas hanya mendapat 4A dalam SPM, aku agak kecewa. Melihat teman2 yang melangkah ke universiti membuatkan aku mengambil keputusan untuk bekerja. Dalam usia 18 tahun, aku menoreh getah, menjaga anak saudara dan kemudiannya bekerja sebagai operator di kilang elektronik di kulim. Sampailah satu detik. Kakak kedua ku bertanya, “adik nak jadik apa? Takkan nak dok macamnih...” persoalan yang sangat membangkitkan hatiku. Dengan galakan dari teman2, tahun seterusnya aku mengambil keputusan untuk mengambil STPM. Dalam hanya setahun, aku belajar bersungguh2 dan alhamdulillah muncul sebgai pelajar terbaik STPM sekolah.
Sahabat-sahabat STPM 2006

Akhirnya aku mendapat tempat di UKM dalam jurusan Komunikasi- sesuatu yg tak pernah kufikirkan- alhamdulillah dengan tawaran biasiswa aku dapat menampung pengajianku. 3 tahun sebagai budak komunikasi sangat mencabar bagiku. Walau mungkin aku tak seperti teman2 lain, dan lebih gemar menjadi pendiam- tapi aku sebenarnya rindu untuk menjadi mahasiswa dalam persekitaran yg lebih intelek. Camne pun yang berlaku aku cukup menghargai teman2 sekelasku, pensyarah yg cukup banyak mengajarkanku.

Pensyarah dan teman2 Komunikasi dasar awam 2010

Walaupun pertama kali aku mengikuti tarbiah/halaqah di sini sejak dari sem. Sebenarnya bagiku setiap fasa dalam hidupku adalah proses tarbiah. Proses persediaan untuk menghadapi saat2 seterusnya. Berkenalan dengan dunia jemaah dan mengharunginya merupakan suatu pengalaman besar dalam hidupku. Keputusan berhijrah dari tarbiah sebelumnya insyaAllah suatu titik tolak untuk perubahan diri yang lebih baik. Walau bagaimanapun keadaanya dan perasaanku, segalanya harus diteruskan. Cukuplah aku katakan, itu adalah suatu keputusan yang sangat menyedihkan hati ini. Moga sahabat2, adik2 yang pernah bersamaku terus melangkah sebaiknya.

adik-adik halaqah yang amat kucintai

Aku pernah berdoa agar suatu hari nanti dapat membina training centre sendiri. Membayangkan sebuah wisma yang tersergam indah. Dan alhamdulillah walaupun baru melangkah, aku kini mendapat langkah pertama dengan bekerja di Total Success Training & Consultancy. Pertemuan yang memberi makna, buat PIES ku. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk aku menjadi hamba yang terbaik. Aku ingin melakukan apa yang boleh di kesempatan ini, kerana ku tak pasti sehingga bila akan kumiliki masa2 di sini.
Wallahua’lam

Saturday, July 31, 2010

jadilah air sungai

Real World untuk hari-hari yang mendatang memerlukan aku untuk komited dengan visi dan misi yang lebih jelas. Cabaran setiap hari menuntut kita untuk tetap bersedia meskipun hadirnya tanpa pesanan. Alam pekerjaan sesungguhnya sangat berbeza dengan dunia mahasiswa yang idealistik buatku.

Ketika di alam kampus ada saja idea baru yang muncul. “Revolusi dakwah” dan disusuli tindakan yang kadang-kadang agak mencetus kontroversi. Darah muda- ketika berlaku ketidakstabilan dalam jemaah, pernah ku utuskan surat buat para pimpinan sebagai satu pandangan dan teguran. Besoknya seharian aku dipanggil menghadiri 3 liqo untuk menjelaskan keadaan sebenarnya.

Antara aspek penting dalam organisasi mahupun sesebuah gerakan Islam- adalah aliran komunikasi yang baik samada up to down ataupun down to up. Perlunya wujud suatu hubungan yang kukuh melalui perbincangan agar semua ahli organisasi memahami wawasan yang ingin dicapai, seterusnya komited merealisasikannya.

Berbalik kepada alam kerjaya- memilih kerjaya dakwah dengan training dan consultation ternyata memiliki cabaran tersendiri. Berdepan dengan “masyarakat yang luar biasa” menghendaki kita menjadi “lebih luar biasa”. Idealistiknya kita selalu ingin manusia berubah hanya dengan sedikit bicara. Realistiknya dakwah itu bukan sekadar berbicara. Fahamilah manusia yang sentiasa berbeza , biarpun keperluannya sama.

Dakwah di kampus adalah pemanas badan terbaik. Andai tak pernah bermula pasti dakwah takkan bersemi sehingga kini. Kerana itu buat adik-adik tercinta, nikmatilah fasa-fasa terindah dalam dakwah kampus- dengan all out sebaiknya. Fasa seterusnya amat memerlukan kekuatan jiwa. Tidak cukup hanya dengan semangat- semangat dalam kebersamaan. Kerana tak pasti mungkin esok kita tinggal keseorangan..

Jadilah air sungai yang sentiasa mengalir.…

Monday, May 17, 2010

Bond For Eternity

sahabat yang sentiasa dekat di hati


indahnya pelangi petang kita


menantikan driver albert Einstein



saya fobia dengan guruh dan kilat yang kuat

Friday, May 14, 2010

ikim.fm / a short journey



-->
Ketika pertama kali memasuki bahagian radio ikim, (even hanya sebagai budak praktikal) aku berfikir panjang, menerobos ruang sederhana di sekitarnya.. teringat kembali bicara dengan Ustaz Salam- “anti bila di sana, salurkan vanilla kita, nanti bila ada rancangan anti terbitkan, bagitau ikhwah akhwat, biar diorang dengar dan nilai, ada tak rasa vanilla..” saat itu terasa di hati, rupanya aku kurang merancang dengan baik untuk waktu ini..

Sebagai budak komunikasi dasar awam, yang fokusnya pada perhubungan awam dan pentadbiran, aku camne pun termasuk dalam bidang media yang cukup interesting nih. alhamdulillah berada di unit radio ini merupakan peluang yang sangat baik. Sebagai satu-satunya budak praktikal di unit ini, aku cuba untuk beradaptasi bukan sahaja dengan dj2 n staf di sini, bahkan pada skop kerja dan teknikal yang serba canggih. staffnya baik2, senang sekali bersama dan berbicara dengan dj hayati, dj maslina, ustaz mahathir-penyelia aku, farah-menguruskan trafik, dj fairus, dj siti rohani, dan dj2 lain. Ditempatkan di library kecil di hadapan bilik konti, membolehkan aku mengikuti perkembangan yang berlaku di unit konti.

Ikim yang bangunannya seperti istana ini, sebenarnya sedang berhadapan dengan cabaran yang besar. Taklimat bulanan pertama yang ana hadiri sedikit memberikan muqaddimah untuk direnungi. Meletakkan nama Islam pada organisasinya, pasti ada amanah yang besar. Cabarannya, walau apa saja yang diperkatakan tentang ikim dan radionya, sebenarnya bukanlah mudah untuk bergerak, andai ada remote yang sentiasa dikawal channelnya. Bahkan apa yang perlu, adanya usaha2 daripada individu dalam organisasi tersebut untuk mencipta revolusi.. emm falsafah politik order baru..

Task pertama aku adalah menerbitkan rancangan 5 episod dalam format capsule: bertemakan Al-Quran. Proses ini bermula dari penulisan proposal, skrip, rakaman-suara ana, editing, dan proses memasukkan effect. Kali pertama merakam suara di studio sangat mencabar rupanya. Aku belajar nada, bersuara dari perut dan belajar mengendalikan sistem. Kering kerongkong disebabkan berkali-kali mengulang skrip. Entah bagaimana bila dah ke udara nanti. Huhu..

Pada hari keempat aku menghadiri sidang media pelancaran album nasyid far-East di anjurkan oleh In-Team records di saloma bistro. Aku rasa part yang paling menarik bagi semua hadirin adalah menikmati makanan yang serba macam dan enak yang disajikan. Huhu.. Satu gambaran yang aku lihat dengan kacamata sederhana- corak dunia hiburan nasyid sekarang. Adakah hubungan antara dakwah dan dunia nasyid di negara kita kukuh untuk diperkatakan? Atau lebih bermotifkan keuntungan- satu penilaian.

Aku juga terlibat dalam rakaman rancangan tafaqquh fiddin terbitan dj hayati yang menampilkan ustaz asham dengan kitab bidayatul hidayah. Rancangan ini akan ke udara pada setiap selasa jam 9.15- aku turut berpeluang on air dalam rancangan warna pagi bersama dj erwan dan dj maslina. Dan on air bersama dengan dj fairus dalam rancangan destinasi membincangkan topik sempena hari ibu.. sebak betul.. menangis dj fairus dan aku dalam cuaca yang turut menangis pada petang tu. Dan sekarang aku baru menyerahkan skrip bagi rancangan 5 episod seterusnya tentang tips pemakanan dan kesihatan.

Apa yang paling mencabar dan memerlukan tawakal yang tinggi di sini adalah menunggang motorsikal pergi dan balik mengharungi arus deras yang tak pernah hiraukan sesiapa. Peristiwa jatuh motor di jalan duta minggu lepas membuatkan aku agak fobia dengan kenderaan lain yang rapat dan bunyi hon yang mengecutkan urat jantung. Dengan tidak ada sebarang elaun, terpaksa menghabiskan lebih lima ratus untuk membaiki motor. Apapun, Allah yang takdirkan ajal maut.. moga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk mengharungi 2 bulan di radio ikim.fm ini.. jazakillah buat sahabat yang sentiasa mendoakan...

Thursday, March 11, 2010

ada lagi..

salam simetri- arini da kena ngan adik yg garang nih.. tak dibenarkan untuk rehat.. huhu,

ni dr kamaruddin. lecturer tassawur islam- alamak ! kena gi jumpa ustaz lak lepas nih.. lain kali kena alert dengan dateline...isk3

seperti biasa- aku masih lagi menjadi driver pada PFW 954- arini tak dapat pegi ngajar iqra' kat m.cik2- tetiba jer ada panggilan dari cik wan, balik ke markas- projek bermasalah lak.. tadi dapat panggilan dari pA ustaz hasrizal, arap request kami diterima untuk projek di sekolah teknik sepang hujung bulan nih.. dah tak sampai 50 hari aku akan berada di ukm ni b4 praktikal. radio ikim melambai-lambai.. grad.. tesis?...

Wednesday, March 10, 2010

hari ini

salam semut... harini seharian di kiosk coklat. takde klas.. saje dok bersama2 akhwat sambil wat keje sikit2 yg tak penah2 abis nih.. nak dok di villa, bimbang terberadu lak.

ahhh.. arini giliran aku masak.. semalam sebulat suara da tempah char kueh teow... ajak akhwat masak- tapi masing2 melarikan diri.. ada ubi ada batas.. camne pun demi melaksankan tanggungjawab, aku dengan segala kudrat berjaya menyediakan char kueh teow yg lazat lagi berkrim.. huhu


Tuesday, March 9, 2010

dari sahabat..

nasihat- ketika detik2 kritikal dalam kuliah.. huhu, saya cuba bertahan puan mai..



akak dan adik.. bersama di sini demi sebuah harapan.. -sharing is caring::

Monday, March 8, 2010

ana dan aku..

pegi menghalaqahkan di kmns- follow up jejauh ni cukup memberikan semangat.. moga ada peluang untuk menjadik murubiah jauh2.. huhu

classmate komunikasi dasar awam 3rd year- sem yang memberi makna antara kami..


group kenangan terakhir: kempen kecil- iklan, bersama rina, tina, ain dan tikah.. tak sabar nak grad

ngantoknya dalam kelas kebelakangan nih.. siap dapat kartun comel nih..

Tuesday, March 2, 2010

Satu hati..

Projek iklan group kempen kecil komunikasi dasar awam.

jazakillah khair buat ukhti rozie, bantu akak wat iklan ni..
semoga ukhti jua sukses

Tuesday, February 9, 2010

a GreaT JouRney"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jumaat lepas, sesudah solat isyak, aku memecut motor ke shah alam. Bersama ukhti una, kami akan menghadiri training yang dinantikan sejak 2 bulan lalu. Apalagi dengan jiwaku yang agak gersang, macamtak berapa stabil iman. Merasakan tak mampu mentarbiah diri dengan baik, apatah lagi untuk anak2 halaqah yang setia menanti saban minggu.

TRAINING ESQ 165 mahasiswa Angkatan 11 di SACC CONVEC.. perjalanan hampir satu jam yang mencabar.. berada di sungai maut cukuplah diiringi doa2 agar Allah memberikan kebaikan buat kami. Una beberapa kali tersengguk-sengguk mengantuk. Kesian, lewat abis kuliahnya di usim tadi.. Alhamdulillah akhirnya tiba kami di bilik ukhti aina di uitm. Besok ana, una, aina, farah dan wana yang datang jauh dari unimap akan bersama berjuang untuk mencari satu keYAKINan.. insyaAllah..

Hari pertama di ESQ 165 TRAINING.. 1-ihsan, 6-iman, 5-islam


-bila ditanya oleh trainer Firdaus Djamari, apa tujuanku datang ke sini? = jawabku,: nak dapat hati yang baru.. dia tersenyum.. katanya: ke sini hanya untuk BERSERONOK. Emm.. aku nantikan dulu apa maksudnya..


Perjalanan dan pengurusan pogram yang cukup perfect.. emm berbaloi dengan membayar rm440 (setelah diskaun)


Step pertama training, kami melalui 2 journey yang sangat memberi makna. Alter journey and inner journey- sesuatu yang cukup membuka minda dan hatiku.. mengukuhkan keyakinanku.- journey ini disusuli dengan training suara hati dan zero mind process. Teori and then application sangat menyentuh jiwaku.. huhu, sebaknya di dada..


Seterusnya pada petangnya kami melalui sebahagian peringkat ke dua untuk menyelesaikan mental building. Slot terakhir- Vision principle= cukup menyentuh hati sanubariku.. satu hal yang wajib untuk aku tidak lupakan. AKU AKAN MATI. Bukan aku tidak tahu, tetapi apalah yang ku punyai sekarang untuk menghadapinya..


Jam 8 kami pulang ke uitm. Selepas isya terus melelapkan mata. Penat- terlalu banyak menangis.. actually aku bukan seorang yang mudah untuk menangis- dibesarkan dengan ketabahan- seperti kebapaan, bak kata sorang akhwat tu..


Keesokan harinya..


Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan lagi..
Diteruskan dengan mental building. Yang paling bermakna adalah ketika ana dibisikkan dengan dua kalimah syahadat, dan mengulannya semula. Terasa seperti baru memeluk islam. Besarnya makna di sebalik kalimah tersebut. Ketika itu, doa2 memohon keampunan dan jua buat kedua ibu dan ayah kulantunkan sepenuh jiwa..


Akhirnya slot Personal Strength yang merungkaikan rukun islam dengan nilainya yang hebat.. aktiviti simple dan menyeronokkan, tapi cukup unik.. dengan gabungan visual dan audio yang mantap membuatkan ESQ TRAINING cukup berbeza untuk dialami..
Sebenarnya, hampir 70% bahan di ESQ telahpun aku dapati, tetapi yang menjadikannya cukup bermakna- coz pendekatan komunikasinya yang sangat efektif .


Allah jualah yang mengkehendaki untuk aku menerima hidayah, disaat diri merasa gersang di hati..
Membuatkan diri mengerti, erti dan makna hidup ini. Untuk aku mengejar cinta Allah..
Moga Allah meredhai dan menguatkan hatiku dan akhwat2 untuk iistiqamah.

................................................................................................................................................. .



Dari al-Nawwas bin Sim'an radiyallahuanhu dari Nabi SAW sabdanya :
"Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya.Diriwayatkan oleh Muslim."

Tuesday, January 12, 2010

ketika itu....

bismillahirrahmanirrahim..

Hasan al banna, ketika ditanya kenapa tidak menulis dan mencetak buku seperti kebanyakan ulama.. katanya, "biarlah aku mencetak insan-insan yang boleh mencetak ilmu"..

kesibukannya mencetak kader-kader, membuahkan hasil besar yang menjadi khazanah dalam dakwah islam..

subhanallah..

aku- kesibukan dalam final sem ni, agak membataskan diri.., sentiasa menjadikan imam as syahid sebagai inspirasi...

ingin sekali mencetak kader2 yang tulus

kerana itu harus untuk mentuluskan diri.

dengan projek-projek kursus yang perlu mula bergerak kerja.. amanah yang berat ..

mudah-mudahan peluang ini, memberi manfaat yang baik buat diri dan orang lain..

dan insyaAllah agenda dakwah yang akan semakin hangat, untuk menebarkan rasa cintanya pada insan-insan yang dikasihi di perbukitan ini..

moga Allah menguatkan usaha2 kita..

biarpun sedikit ujian2 yang muncul menghiasi laman kita, tetaplah sabar untuk sebuah harapan untuk perjuangan ini..
................................................ .

-->
Percaya selepas melihat sesuatu, tidak ada apa2 erti, tetapi percaya sebelum melihat dan berusaha untuk merealisasikannya itulah ukuran sebuah keimanan..
Moga kita menjadi insan yang terpilih di jalan Allah swt..


rindukan kak siti..

dok bebaik kat german, even rindukan madrasah tarbiah yang best nih..

MT pun rindukan akak..

dekat di hati,

whatever u do, Allah always be there..
.......................................................................................... .