Saturday, July 31, 2010

jadilah air sungai

Real World untuk hari-hari yang mendatang memerlukan aku untuk komited dengan visi dan misi yang lebih jelas. Cabaran setiap hari menuntut kita untuk tetap bersedia meskipun hadirnya tanpa pesanan. Alam pekerjaan sesungguhnya sangat berbeza dengan dunia mahasiswa yang idealistik buatku.

Ketika di alam kampus ada saja idea baru yang muncul. “Revolusi dakwah” dan disusuli tindakan yang kadang-kadang agak mencetus kontroversi. Darah muda- ketika berlaku ketidakstabilan dalam jemaah, pernah ku utuskan surat buat para pimpinan sebagai satu pandangan dan teguran. Besoknya seharian aku dipanggil menghadiri 3 liqo untuk menjelaskan keadaan sebenarnya.

Antara aspek penting dalam organisasi mahupun sesebuah gerakan Islam- adalah aliran komunikasi yang baik samada up to down ataupun down to up. Perlunya wujud suatu hubungan yang kukuh melalui perbincangan agar semua ahli organisasi memahami wawasan yang ingin dicapai, seterusnya komited merealisasikannya.

Berbalik kepada alam kerjaya- memilih kerjaya dakwah dengan training dan consultation ternyata memiliki cabaran tersendiri. Berdepan dengan “masyarakat yang luar biasa” menghendaki kita menjadi “lebih luar biasa”. Idealistiknya kita selalu ingin manusia berubah hanya dengan sedikit bicara. Realistiknya dakwah itu bukan sekadar berbicara. Fahamilah manusia yang sentiasa berbeza , biarpun keperluannya sama.

Dakwah di kampus adalah pemanas badan terbaik. Andai tak pernah bermula pasti dakwah takkan bersemi sehingga kini. Kerana itu buat adik-adik tercinta, nikmatilah fasa-fasa terindah dalam dakwah kampus- dengan all out sebaiknya. Fasa seterusnya amat memerlukan kekuatan jiwa. Tidak cukup hanya dengan semangat- semangat dalam kebersamaan. Kerana tak pasti mungkin esok kita tinggal keseorangan..

Jadilah air sungai yang sentiasa mengalir.…

No comments: