Thursday, December 8, 2016

Cintaku Terkunci Dibawah Lindungan Ka'bah

Menatap ayat demi ayat dalam novel pendek Hamka ini sangat mengujakan. Biarpun gaya bahasanya berbentuk penceritaan semula, hal itu tidak mengurangkan keindahan nilai yang ingin diutarakan. Saya belajar dan cuba memahami makna cinta yang diungkapkan dalam kisah bermakna ini.

Kisah cinta suci antara Hamid dan Zainab. Hamid yang merupakan seorang anak miskin yang mendapat pembelaan daripada Engku Haji Jaafar, ayah Zainab. Dia diberi pendidikan dari sekolah desa hinggalah ke pondok untuk menuntut ilmu agama. Hamid seorang yang amat mulia akhlaknya jika dibandingkan dengan pemuda sebayanya. Antara Hamid dan Zainab, mereka punya satu rasa. Seperti yang diungkapkan Hamid:

"Cinta itu adalah ' jiwa' antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun mereka sebagaimana jiwa, ia tidak memperbezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa demikianlah jiwa saya, diluar dari pada resam basi, terlepas daripada kekang kerendahan saya dan kemuliaannya; saya merasainya, bahawa Zainab adalah diri saya, Saya merasai ingat kepadanya adalah kemestian hidup saya. Rindu kepadanya membukakan pintu angan-angan saya menghadapi zaman yang akan datang.

Saya teringat kata-kata Dr. Maza, ketika ditanya tentang persolan cinta, beliau menyatakan;

"Cinta itu adalah perasaan yang tertanam di jiwa, kita tidak boleh melarang perasaan tersebut, walaupun direjam di dalam air cinta itu takkan hilang begitu sahaja."

Ibu Hamid yang menyedari rahsia yang tersimpan di jiwa anaknya itu pernah bertanya tentang cintanya pada Zainab. Hamid menyatakan:

" Ah, tidak ibu, itu barang yang amat mustahil dan itulah yang sangat anakanda takuti. Anakanda tak cinta padanya dan takut akan cinta, anakanda belum kenal " cinta." Anakanda tahu bahawa jika anakanda menyerahkan cinta kepadanya, takkan ubahnya seperti seorang yang mencurahkan semangkuk air tawar ke dalam lautan yang amat luas; laut tak akan berubah sifatnya kerana semangkuk air itu."

Hamid sendiri sedar asal untung dirinya. Keluarga Zainab pasti tidak akan memandang dirinya pantas untuk menjadi suami Zainab.

Lantas itu juga, Ibu Hamid meredakan jiwa anak mudanya itu:

" Anakku …… sekarang cintamu masih bersifat angan-angan, cinta itu kadang-kadang hanya menurutkan perintah hati, bukan menurut pendapat otak. Dari belum berbahaya sebelum ia mendalam, kerapkali kalau yang kena cinta tak pandai ia merosakkan kemahuan dan kekerasan hati lelaki. Kalau engkau perturutkan tetap engkau menjadi seorang anak yang berputus asa, apa lagi kalau cinta itu tertolak, terpaksa ditolak oleh keadaan yang ada di sekelilingnya…..

Saya tertarik dengan nilai dan adab yang dipegang kepada anak perempuan ketika zaman itu. Walaupun anak perempuan itu hanya dapat bersekolah di peringkat darjah sahaja, yang kemudiannya disambung dengan pelajaran rumahtangga di rumah sahaja, tetapi  nilai penerapan supaya mereka banyak berada di rumah dan menunggu masa untuk dikahwinkan, dan sekiranya keluar ditemani keluarga, menunjukkan fokus masyarakat tersebut dalam membangunkan peranan wanita di rumah. Saya terkesan dengan adab kesopanan yang berlaku dalam masyarakat dahulu yang mungkin sudah pudar sekarang.

Selepas kematian ayah Zainab, dan juga kematian ibu Hamid,  Zainab ingin dijodohkan dengan keluarga di sebelah ayahnya. Namun Zainab tidak ingin kerana hatinya ada pada Hamid. Atas permintaan Ibu Zainab, Hamid terpaksa menasihati Zainab supaya mengikut kehendak ibunya.

" Sampai hati abang memaksa aku?"

" Abang bukan memaksa engkau, adik… ingatlah ibumu." Mendengar itu dia kembali terdiam, ibunya pun terdiam, ia telah menangis pula.

Bagi Hamid pula, karam rasanya bumi ini dia pijakkan, gelap tujuan yang akan ditempuhnya.

Tetapi Hamid kemudian  insaf, bahawa alam ini penuh dengan kekayaan. Allah menunjukkan kuasaNya. Tidaklah adil jika semua makhluk dijadikan dalam tertawa, yang akan menangis pun ada pula. Kita mesti mengukur perjalanan alam dengan ukuran yang luas, bukan dengan nasib diri sendiri.

Hamid tekad untuk pergi mengembara, meninggalkan apa yang mungkin bukan ditakdirkan untuknya. Sempat jua dia menitipkan surat buat Zainab. Demikian di akhir surat itu berbunyi:

"Akan hal diri saya ini, ingatlah sebagai mengingat seorang yang telah pernah bertemu dalam peri penghidupanmu, seorang sahabat dan boleh juga disebut saudara yang ikhlas dan saya sendiri akan memandang tetap engkau sebagai adikku. Jika pergaulanmu kelak dengan suamimu berjalan dengan gembira dan beruntung, sampaikanlah salam abang kepadanya. Katakan bahawa di suatu negeri yang jauh, yang tak tentu tanahnya, ada seorang sahabat yang sentiasa ingat akan kita. Dan biarlah Allah memberi perlindungan atas kita semuanya."

Saya fikirkan ramai dikalangan belia muda yang gagal menghadapi cinta dengan sebaiknya, bahkan terburu-buru mengikut hati sahaja.

Padahal "rindu dendam" atau "cinta berahi" itu laksana Lautan Jawa, orang yang tidak berhati-hati mengayuh perahu memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah ia diguling oleh ombak dan gelombang, hilang ditengah samudera yang luas itu, tidak akan tercapai selama-lamanya tanah tepi.

Saya amat teruja dengan perjalanan Hamid ke Mekah. Perjalanan cintanya sehingga mengabdikan diri di rumah Allah. Apatah lagi pada zamannya perjalanan ke Mekah itu sangat lama.

Negeri Mekah baharu sahaja pindah dari tangan Shariff Hussin ke tangan Ibn Sa'ud, Raja Hijaz dan Najad dan daerah takluknya yang kemudian ditukarkan namanya menjadi kerajaan "Arabiah Sa'udiah". Keamanan negeri Hijaz, telah tersiar. Kerana itu banyak orang yang berniat menyempurnakan Islam yang kelima itu. Tiap-tiap kapal haji yang berangkat menuju Jeddah penuh sesak membawa jemaah haji.

Di Mekah Hamid  hidupnya sangat sederhana, tiada lalai daripada beribadat, tiada suka membuang-buang waktu kepada yang tidak berfaedah, lagi pula sangat suka memerhatikan buku-buku agama, terutama kitab-kitab yang menerangkan kehidupan orang-orang yang suci, ahli-ahli tasauf yang tinggi.

Akhir kisah ini, Zainab meninggal dunia, menanggung derita di jiwanya. Hamid jua Meninggal ketika sedang melaksanakan haji.  Sebelum kematiannya dia sempat berdoa:

" Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia. Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku!
Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau. Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya. Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali….."

Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi. Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan….sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!

Biarpun kisah mereka tidak berakhir dengan bersatunya di dunia. Tetapi keyakinan kepada kebahagiaan di alam sebenar, membuatkan apa yang ditanggung tidak akan pernah sia-sia.

Penghidupan yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan dia menanggung sengsara. Hamid telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan.

Wallahua'lam

Tuesday, December 9, 2014

Sebuah Perjalanan..


-Tulisan lama tahun 2010-

-->Perjalanan hidup ni hampir 23 tahun terasa amat sekejap. Ada saatnya rasa amat rindu pada masa lalu. Bagaikan ingin terbang semula menikmati detik terindah yang pernah hadir mewarnai lukisan sebuah pengembaraan. Namun realitinya, aku harus terus berjuang di sini.

Sedikit ingin kukongsikan, tanggal 7 oktober 1987, setelah 20 hari usia kelahiranku, ayah kembali kerahmatullah. Meninggalkan mak yang sakit, 3 kakak dan seorang abang yang semuanya masih kecil. Aku jarang sekali menyebut masa kecilku, walaupun saat itu kurasakan amat panjang. Yang sangat membekas di jiwaku adalah: betapa sukarnya ibu tunggal yang dalam keadaan dirinya sakit, berjuang menoreh, bersawah, mengambil upah bertani semata-mata untuk membesarkan anak2.


rumah pprt -tempat kami adik beradik membina harapan

Aku ingat lagi, sejak dari kecil aku dibawa ke kebun getah. Dengan kelambu yang dipasang untuk mengelakkan nyamuk aku menanti mak , kakak dan abang menyelesaikan kerja2 di kebun. Hinggalah ke sekolah menengah kami adik beradik mahir dalam menoreh. Bagiku menoreh sangat memberikan kepuasan. Saat itu- aku pernah bercita-cita menjadi seorang penoreh getah.

Aku senang sekali dapat bekerja di sawah. Mengambil upah mengerat padi- tokngah membayar 2 ringgit bagi padi2 yang dikerat. Sawah adalah duniaku dan teman2. Berkubang, sambil mencari siput sedut, membuat belat bagi memerangkap ikan, bermain perang2 dengan jerami padi adalah detik terindah bagi kami. Sungguh aku sangat rindu semua itu.

Kakak sulungku hanya bersekolah hingga darjah 6. Kemudiannya terus bekerja untuk menyara adik2. Sama seperti kakak keduaku yang terus bekerja kilang sehari selepas menamatkan SPMnya. Aku sangat terhutang budi kepada mereka yang sanggup bersusah demi adik beradik.

Aku kurang menyintai alam persekolahanku. Sejak dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 4 aku seringkali tak gemar ke sekolah. Aku merasakan ada guru2 dan teman2 yang sering tak adil padaku. Hanya satu tempat yang membuatku masih bertahan= Perpustakaan. Di sekolah rendah lagi setiap hari aku menghabiskan hampir 4 buah novel.
Novel2 dan pembacaanku memberikan sebuah harapan untuk masa depanku. Aku tak tau bagaimana jalan yang harus ketempuhi suatu hari nanti. Di hadapan rumah- di bawah pohon rambutan menghadap sawah padi yang terbentang luas- aku selalu termenung, adakalanya membina angan2.. untuk pergi jauh dari dunia yang semacam tidak adil buat kami waktu itu. Setiap kali pelangi singgah harapanku bertambah kuat. Aku tahu, aku harus menjadi lebih baik. Demi keluargaku.
                                    
Selepas hanya mendapat 4A dalam SPM, aku agak kecewa. Melihat teman2 yang melangkah ke universiti membuatkan aku mengambil keputusan untuk bekerja. Dalam usia 18 tahun, aku menoreh getah, menjaga anak saudara dan kemudiannya bekerja sebagai operator di kilang elektronik di kulim. Sampailah satu detik. Kakak kedua ku bertanya, “adik nak jadik apa? Takkan nak dok macamnih...” persoalan yang sangat membangkitkan hatiku. Dengan galakan dari teman2, tahun seterusnya aku mengambil keputusan untuk mengambil STPM. Dalam hanya setahun, aku belajar bersungguh2 dan alhamdulillah muncul sebgai pelajar terbaik STPM sekolah.
Sahabat-sahabat STPM 2006

Akhirnya aku mendapat tempat di UKM dalam jurusan Komunikasi- sesuatu yg tak pernah kufikirkan- alhamdulillah dengan tawaran biasiswa aku dapat menampung pengajianku. 3 tahun sebagai budak komunikasi sangat mencabar bagiku. Walau mungkin aku tak seperti teman2 lain, dan lebih gemar menjadi pendiam- tapi aku sebenarnya rindu untuk menjadi mahasiswa dalam persekitaran yg lebih intelek. Camne pun yang berlaku aku cukup menghargai teman2 sekelasku, pensyarah yg cukup banyak mengajarkanku.

Pensyarah dan teman2 Komunikasi dasar awam 2010

Walaupun pertama kali aku mengikuti tarbiah/halaqah di sini sejak dari sem. Sebenarnya bagiku setiap fasa dalam hidupku adalah proses tarbiah. Proses persediaan untuk menghadapi saat2 seterusnya. Berkenalan dengan dunia jemaah dan mengharunginya merupakan suatu pengalaman besar dalam hidupku. Keputusan berhijrah dari tarbiah sebelumnya insyaAllah suatu titik tolak untuk perubahan diri yang lebih baik. Walau bagaimanapun keadaanya dan perasaanku, segalanya harus diteruskan. Cukuplah aku katakan, itu adalah suatu keputusan yang sangat menyedihkan hati ini. Moga sahabat2, adik2 yang pernah bersamaku terus melangkah sebaiknya.

adik-adik halaqah yang amat kucintai

Aku pernah berdoa agar suatu hari nanti dapat membina training centre sendiri. Membayangkan sebuah wisma yang tersergam indah. Dan alhamdulillah walaupun baru melangkah, aku kini mendapat langkah pertama dengan bekerja di Total Success Training & Consultancy. Pertemuan yang memberi makna, buat PIES ku. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk aku menjadi hamba yang terbaik. Aku ingin melakukan apa yang boleh di kesempatan ini, kerana ku tak pasti sehingga bila akan kumiliki masa2 di sini.
Wallahua’lam

Saturday, July 31, 2010

jadilah air sungai

Real World untuk hari-hari yang mendatang memerlukan aku untuk komited dengan visi dan misi yang lebih jelas. Cabaran setiap hari menuntut kita untuk tetap bersedia meskipun hadirnya tanpa pesanan. Alam pekerjaan sesungguhnya sangat berbeza dengan dunia mahasiswa yang idealistik buatku.

Ketika di alam kampus ada saja idea baru yang muncul. “Revolusi dakwah” dan disusuli tindakan yang kadang-kadang agak mencetus kontroversi. Darah muda- ketika berlaku ketidakstabilan dalam jemaah, pernah ku utuskan surat buat para pimpinan sebagai satu pandangan dan teguran. Besoknya seharian aku dipanggil menghadiri 3 liqo untuk menjelaskan keadaan sebenarnya.

Antara aspek penting dalam organisasi mahupun sesebuah gerakan Islam- adalah aliran komunikasi yang baik samada up to down ataupun down to up. Perlunya wujud suatu hubungan yang kukuh melalui perbincangan agar semua ahli organisasi memahami wawasan yang ingin dicapai, seterusnya komited merealisasikannya.

Berbalik kepada alam kerjaya- memilih kerjaya dakwah dengan training dan consultation ternyata memiliki cabaran tersendiri. Berdepan dengan “masyarakat yang luar biasa” menghendaki kita menjadi “lebih luar biasa”. Idealistiknya kita selalu ingin manusia berubah hanya dengan sedikit bicara. Realistiknya dakwah itu bukan sekadar berbicara. Fahamilah manusia yang sentiasa berbeza , biarpun keperluannya sama.

Dakwah di kampus adalah pemanas badan terbaik. Andai tak pernah bermula pasti dakwah takkan bersemi sehingga kini. Kerana itu buat adik-adik tercinta, nikmatilah fasa-fasa terindah dalam dakwah kampus- dengan all out sebaiknya. Fasa seterusnya amat memerlukan kekuatan jiwa. Tidak cukup hanya dengan semangat- semangat dalam kebersamaan. Kerana tak pasti mungkin esok kita tinggal keseorangan..

Jadilah air sungai yang sentiasa mengalir.…

Monday, May 17, 2010

Bond For Eternity

sahabat yang sentiasa dekat di hati


indahnya pelangi petang kita


menantikan driver albert Einstein



saya fobia dengan guruh dan kilat yang kuat

Friday, May 14, 2010

ikim.fm / a short journey



-->
Ketika pertama kali memasuki bahagian radio ikim, (even hanya sebagai budak praktikal) aku berfikir panjang, menerobos ruang sederhana di sekitarnya.. teringat kembali bicara dengan Ustaz Salam- “anti bila di sana, salurkan vanilla kita, nanti bila ada rancangan anti terbitkan, bagitau ikhwah akhwat, biar diorang dengar dan nilai, ada tak rasa vanilla..” saat itu terasa di hati, rupanya aku kurang merancang dengan baik untuk waktu ini..

Sebagai budak komunikasi dasar awam, yang fokusnya pada perhubungan awam dan pentadbiran, aku camne pun termasuk dalam bidang media yang cukup interesting nih. alhamdulillah berada di unit radio ini merupakan peluang yang sangat baik. Sebagai satu-satunya budak praktikal di unit ini, aku cuba untuk beradaptasi bukan sahaja dengan dj2 n staf di sini, bahkan pada skop kerja dan teknikal yang serba canggih. staffnya baik2, senang sekali bersama dan berbicara dengan dj hayati, dj maslina, ustaz mahathir-penyelia aku, farah-menguruskan trafik, dj fairus, dj siti rohani, dan dj2 lain. Ditempatkan di library kecil di hadapan bilik konti, membolehkan aku mengikuti perkembangan yang berlaku di unit konti.

Ikim yang bangunannya seperti istana ini, sebenarnya sedang berhadapan dengan cabaran yang besar. Taklimat bulanan pertama yang ana hadiri sedikit memberikan muqaddimah untuk direnungi. Meletakkan nama Islam pada organisasinya, pasti ada amanah yang besar. Cabarannya, walau apa saja yang diperkatakan tentang ikim dan radionya, sebenarnya bukanlah mudah untuk bergerak, andai ada remote yang sentiasa dikawal channelnya. Bahkan apa yang perlu, adanya usaha2 daripada individu dalam organisasi tersebut untuk mencipta revolusi.. emm falsafah politik order baru..

Task pertama aku adalah menerbitkan rancangan 5 episod dalam format capsule: bertemakan Al-Quran. Proses ini bermula dari penulisan proposal, skrip, rakaman-suara ana, editing, dan proses memasukkan effect. Kali pertama merakam suara di studio sangat mencabar rupanya. Aku belajar nada, bersuara dari perut dan belajar mengendalikan sistem. Kering kerongkong disebabkan berkali-kali mengulang skrip. Entah bagaimana bila dah ke udara nanti. Huhu..

Pada hari keempat aku menghadiri sidang media pelancaran album nasyid far-East di anjurkan oleh In-Team records di saloma bistro. Aku rasa part yang paling menarik bagi semua hadirin adalah menikmati makanan yang serba macam dan enak yang disajikan. Huhu.. Satu gambaran yang aku lihat dengan kacamata sederhana- corak dunia hiburan nasyid sekarang. Adakah hubungan antara dakwah dan dunia nasyid di negara kita kukuh untuk diperkatakan? Atau lebih bermotifkan keuntungan- satu penilaian.

Aku juga terlibat dalam rakaman rancangan tafaqquh fiddin terbitan dj hayati yang menampilkan ustaz asham dengan kitab bidayatul hidayah. Rancangan ini akan ke udara pada setiap selasa jam 9.15- aku turut berpeluang on air dalam rancangan warna pagi bersama dj erwan dan dj maslina. Dan on air bersama dengan dj fairus dalam rancangan destinasi membincangkan topik sempena hari ibu.. sebak betul.. menangis dj fairus dan aku dalam cuaca yang turut menangis pada petang tu. Dan sekarang aku baru menyerahkan skrip bagi rancangan 5 episod seterusnya tentang tips pemakanan dan kesihatan.

Apa yang paling mencabar dan memerlukan tawakal yang tinggi di sini adalah menunggang motorsikal pergi dan balik mengharungi arus deras yang tak pernah hiraukan sesiapa. Peristiwa jatuh motor di jalan duta minggu lepas membuatkan aku agak fobia dengan kenderaan lain yang rapat dan bunyi hon yang mengecutkan urat jantung. Dengan tidak ada sebarang elaun, terpaksa menghabiskan lebih lima ratus untuk membaiki motor. Apapun, Allah yang takdirkan ajal maut.. moga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk mengharungi 2 bulan di radio ikim.fm ini.. jazakillah buat sahabat yang sentiasa mendoakan...

Thursday, March 11, 2010

ada lagi..

salam simetri- arini da kena ngan adik yg garang nih.. tak dibenarkan untuk rehat.. huhu,

ni dr kamaruddin. lecturer tassawur islam- alamak ! kena gi jumpa ustaz lak lepas nih.. lain kali kena alert dengan dateline...isk3

seperti biasa- aku masih lagi menjadi driver pada PFW 954- arini tak dapat pegi ngajar iqra' kat m.cik2- tetiba jer ada panggilan dari cik wan, balik ke markas- projek bermasalah lak.. tadi dapat panggilan dari pA ustaz hasrizal, arap request kami diterima untuk projek di sekolah teknik sepang hujung bulan nih.. dah tak sampai 50 hari aku akan berada di ukm ni b4 praktikal. radio ikim melambai-lambai.. grad.. tesis?...

Wednesday, March 10, 2010

hari ini

salam semut... harini seharian di kiosk coklat. takde klas.. saje dok bersama2 akhwat sambil wat keje sikit2 yg tak penah2 abis nih.. nak dok di villa, bimbang terberadu lak.

ahhh.. arini giliran aku masak.. semalam sebulat suara da tempah char kueh teow... ajak akhwat masak- tapi masing2 melarikan diri.. ada ubi ada batas.. camne pun demi melaksankan tanggungjawab, aku dengan segala kudrat berjaya menyediakan char kueh teow yg lazat lagi berkrim.. huhu


Tuesday, March 9, 2010

dari sahabat..

nasihat- ketika detik2 kritikal dalam kuliah.. huhu, saya cuba bertahan puan mai..



akak dan adik.. bersama di sini demi sebuah harapan.. -sharing is caring::