Friday, May 14, 2010

ikim.fm / a short journey



-->
Ketika pertama kali memasuki bahagian radio ikim, (even hanya sebagai budak praktikal) aku berfikir panjang, menerobos ruang sederhana di sekitarnya.. teringat kembali bicara dengan Ustaz Salam- “anti bila di sana, salurkan vanilla kita, nanti bila ada rancangan anti terbitkan, bagitau ikhwah akhwat, biar diorang dengar dan nilai, ada tak rasa vanilla..” saat itu terasa di hati, rupanya aku kurang merancang dengan baik untuk waktu ini..

Sebagai budak komunikasi dasar awam, yang fokusnya pada perhubungan awam dan pentadbiran, aku camne pun termasuk dalam bidang media yang cukup interesting nih. alhamdulillah berada di unit radio ini merupakan peluang yang sangat baik. Sebagai satu-satunya budak praktikal di unit ini, aku cuba untuk beradaptasi bukan sahaja dengan dj2 n staf di sini, bahkan pada skop kerja dan teknikal yang serba canggih. staffnya baik2, senang sekali bersama dan berbicara dengan dj hayati, dj maslina, ustaz mahathir-penyelia aku, farah-menguruskan trafik, dj fairus, dj siti rohani, dan dj2 lain. Ditempatkan di library kecil di hadapan bilik konti, membolehkan aku mengikuti perkembangan yang berlaku di unit konti.

Ikim yang bangunannya seperti istana ini, sebenarnya sedang berhadapan dengan cabaran yang besar. Taklimat bulanan pertama yang ana hadiri sedikit memberikan muqaddimah untuk direnungi. Meletakkan nama Islam pada organisasinya, pasti ada amanah yang besar. Cabarannya, walau apa saja yang diperkatakan tentang ikim dan radionya, sebenarnya bukanlah mudah untuk bergerak, andai ada remote yang sentiasa dikawal channelnya. Bahkan apa yang perlu, adanya usaha2 daripada individu dalam organisasi tersebut untuk mencipta revolusi.. emm falsafah politik order baru..

Task pertama aku adalah menerbitkan rancangan 5 episod dalam format capsule: bertemakan Al-Quran. Proses ini bermula dari penulisan proposal, skrip, rakaman-suara ana, editing, dan proses memasukkan effect. Kali pertama merakam suara di studio sangat mencabar rupanya. Aku belajar nada, bersuara dari perut dan belajar mengendalikan sistem. Kering kerongkong disebabkan berkali-kali mengulang skrip. Entah bagaimana bila dah ke udara nanti. Huhu..

Pada hari keempat aku menghadiri sidang media pelancaran album nasyid far-East di anjurkan oleh In-Team records di saloma bistro. Aku rasa part yang paling menarik bagi semua hadirin adalah menikmati makanan yang serba macam dan enak yang disajikan. Huhu.. Satu gambaran yang aku lihat dengan kacamata sederhana- corak dunia hiburan nasyid sekarang. Adakah hubungan antara dakwah dan dunia nasyid di negara kita kukuh untuk diperkatakan? Atau lebih bermotifkan keuntungan- satu penilaian.

Aku juga terlibat dalam rakaman rancangan tafaqquh fiddin terbitan dj hayati yang menampilkan ustaz asham dengan kitab bidayatul hidayah. Rancangan ini akan ke udara pada setiap selasa jam 9.15- aku turut berpeluang on air dalam rancangan warna pagi bersama dj erwan dan dj maslina. Dan on air bersama dengan dj fairus dalam rancangan destinasi membincangkan topik sempena hari ibu.. sebak betul.. menangis dj fairus dan aku dalam cuaca yang turut menangis pada petang tu. Dan sekarang aku baru menyerahkan skrip bagi rancangan 5 episod seterusnya tentang tips pemakanan dan kesihatan.

Apa yang paling mencabar dan memerlukan tawakal yang tinggi di sini adalah menunggang motorsikal pergi dan balik mengharungi arus deras yang tak pernah hiraukan sesiapa. Peristiwa jatuh motor di jalan duta minggu lepas membuatkan aku agak fobia dengan kenderaan lain yang rapat dan bunyi hon yang mengecutkan urat jantung. Dengan tidak ada sebarang elaun, terpaksa menghabiskan lebih lima ratus untuk membaiki motor. Apapun, Allah yang takdirkan ajal maut.. moga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk mengharungi 2 bulan di radio ikim.fm ini.. jazakillah buat sahabat yang sentiasa mendoakan...

2 comments:

Nightbeam said...

salam. nak tanya mcm mana apply intership kat situ??

Anonymous said...

salam.. nak tanya camna ya nak apply praktikal kat sana? mohon reply please kat arabiclanguageqis@gmail.com