Tuesday, December 9, 2014

Sebuah Perjalanan..


-Tulisan lama tahun 2010-

-->Perjalanan hidup ni hampir 23 tahun terasa amat sekejap. Ada saatnya rasa amat rindu pada masa lalu. Bagaikan ingin terbang semula menikmati detik terindah yang pernah hadir mewarnai lukisan sebuah pengembaraan. Namun realitinya, aku harus terus berjuang di sini.

Sedikit ingin kukongsikan, tanggal 7 oktober 1987, setelah 20 hari usia kelahiranku, ayah kembali kerahmatullah. Meninggalkan mak yang sakit, 3 kakak dan seorang abang yang semuanya masih kecil. Aku jarang sekali menyebut masa kecilku, walaupun saat itu kurasakan amat panjang. Yang sangat membekas di jiwaku adalah: betapa sukarnya ibu tunggal yang dalam keadaan dirinya sakit, berjuang menoreh, bersawah, mengambil upah bertani semata-mata untuk membesarkan anak2.


rumah pprt -tempat kami adik beradik membina harapan

Aku ingat lagi, sejak dari kecil aku dibawa ke kebun getah. Dengan kelambu yang dipasang untuk mengelakkan nyamuk aku menanti mak , kakak dan abang menyelesaikan kerja2 di kebun. Hinggalah ke sekolah menengah kami adik beradik mahir dalam menoreh. Bagiku menoreh sangat memberikan kepuasan. Saat itu- aku pernah bercita-cita menjadi seorang penoreh getah.

Aku senang sekali dapat bekerja di sawah. Mengambil upah mengerat padi- tokngah membayar 2 ringgit bagi padi2 yang dikerat. Sawah adalah duniaku dan teman2. Berkubang, sambil mencari siput sedut, membuat belat bagi memerangkap ikan, bermain perang2 dengan jerami padi adalah detik terindah bagi kami. Sungguh aku sangat rindu semua itu.

Kakak sulungku hanya bersekolah hingga darjah 6. Kemudiannya terus bekerja untuk menyara adik2. Sama seperti kakak keduaku yang terus bekerja kilang sehari selepas menamatkan SPMnya. Aku sangat terhutang budi kepada mereka yang sanggup bersusah demi adik beradik.

Aku kurang menyintai alam persekolahanku. Sejak dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 4 aku seringkali tak gemar ke sekolah. Aku merasakan ada guru2 dan teman2 yang sering tak adil padaku. Hanya satu tempat yang membuatku masih bertahan= Perpustakaan. Di sekolah rendah lagi setiap hari aku menghabiskan hampir 4 buah novel.
Novel2 dan pembacaanku memberikan sebuah harapan untuk masa depanku. Aku tak tau bagaimana jalan yang harus ketempuhi suatu hari nanti. Di hadapan rumah- di bawah pohon rambutan menghadap sawah padi yang terbentang luas- aku selalu termenung, adakalanya membina angan2.. untuk pergi jauh dari dunia yang semacam tidak adil buat kami waktu itu. Setiap kali pelangi singgah harapanku bertambah kuat. Aku tahu, aku harus menjadi lebih baik. Demi keluargaku.
                                    
Selepas hanya mendapat 4A dalam SPM, aku agak kecewa. Melihat teman2 yang melangkah ke universiti membuatkan aku mengambil keputusan untuk bekerja. Dalam usia 18 tahun, aku menoreh getah, menjaga anak saudara dan kemudiannya bekerja sebagai operator di kilang elektronik di kulim. Sampailah satu detik. Kakak kedua ku bertanya, “adik nak jadik apa? Takkan nak dok macamnih...” persoalan yang sangat membangkitkan hatiku. Dengan galakan dari teman2, tahun seterusnya aku mengambil keputusan untuk mengambil STPM. Dalam hanya setahun, aku belajar bersungguh2 dan alhamdulillah muncul sebgai pelajar terbaik STPM sekolah.
Sahabat-sahabat STPM 2006

Akhirnya aku mendapat tempat di UKM dalam jurusan Komunikasi- sesuatu yg tak pernah kufikirkan- alhamdulillah dengan tawaran biasiswa aku dapat menampung pengajianku. 3 tahun sebagai budak komunikasi sangat mencabar bagiku. Walau mungkin aku tak seperti teman2 lain, dan lebih gemar menjadi pendiam- tapi aku sebenarnya rindu untuk menjadi mahasiswa dalam persekitaran yg lebih intelek. Camne pun yang berlaku aku cukup menghargai teman2 sekelasku, pensyarah yg cukup banyak mengajarkanku.

Pensyarah dan teman2 Komunikasi dasar awam 2010

Walaupun pertama kali aku mengikuti tarbiah/halaqah di sini sejak dari sem. Sebenarnya bagiku setiap fasa dalam hidupku adalah proses tarbiah. Proses persediaan untuk menghadapi saat2 seterusnya. Berkenalan dengan dunia jemaah dan mengharunginya merupakan suatu pengalaman besar dalam hidupku. Keputusan berhijrah dari tarbiah sebelumnya insyaAllah suatu titik tolak untuk perubahan diri yang lebih baik. Walau bagaimanapun keadaanya dan perasaanku, segalanya harus diteruskan. Cukuplah aku katakan, itu adalah suatu keputusan yang sangat menyedihkan hati ini. Moga sahabat2, adik2 yang pernah bersamaku terus melangkah sebaiknya.

adik-adik halaqah yang amat kucintai

Aku pernah berdoa agar suatu hari nanti dapat membina training centre sendiri. Membayangkan sebuah wisma yang tersergam indah. Dan alhamdulillah walaupun baru melangkah, aku kini mendapat langkah pertama dengan bekerja di Total Success Training & Consultancy. Pertemuan yang memberi makna, buat PIES ku. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk aku menjadi hamba yang terbaik. Aku ingin melakukan apa yang boleh di kesempatan ini, kerana ku tak pasti sehingga bila akan kumiliki masa2 di sini.
Wallahua’lam

8 comments:

Anonymous said...

semalam - masa yang terlalu jauh untuk dikecapi kembali.

esok - masa yang dinanti tapi belum pasti.

hari ini - ialah 'esok' kepada 'semalam'. hargai dan cintai hari ini kerana ia akan berlalu dan hilang seperti 'semalam'.

sayang kamu.

Unknown said...

sayang kamu juga

Anonymous said...

ukht.. apa yang berlaku semalam dalam kehidupan kita, kita sama-sama jadikan panduan dan iktibar untuk melayari kehidupan hari ini. Teruskan melangkah..

"Keputusan berhijrah dari tarbiah sebelumnya insyaAllah suatu titik tolak untuk perubahan diri yang lebih baik. Walau bagaimanapun keadaanya dan perasaanku, segalanya harus diteruskan. Cukuplah aku katakan, itu adalah suatu keputusan yang sangat menyedihkan hati ini"
-bukan ukht aje, ana pun-

ukht, sama-sama kita menjadi orang yg berjiwa besar! Kenangan ana dgn ukht akan ana simpan iA.

Unknown said...

siapakah gerangan ana- huhu, letak jer nama kan senang ana nak imagine

Anonymous said...

kenapa tinggalkan kami...?

Unknown said...

kerana kamu yang tak mahu ikut kami..

Anonymous said...

salam ukhti... ana tu adalah ana.hehe gurau je. ni ruhjihad la.. sian katukht nak imagine. hehe.

Anonymous said...

sudah... sudah... g wat kerja masing2.. ''kita punya tujuan y sama cuma method y berbeza''
ya Allah! Kau tunjukkan lah kami jalan y terbaik, jangan biarkan kami gugur dari jalan dakwah y mulia ini krana sifat mazmumah..