Monday, April 13, 2009

Untukmu Bonda..


Bismillahirrahmanirrahim....

malam tadi.. seperti biasa ana pg kerja, as a home tutor. pada adik erika ellyana.. suka ana bersama dengannya, dengan ibunya.. setiap kali after berdiskusi dengan erika, ana akan
berbual2 bersama ibunya.. banyak yang dikongsikan bersama ana, nasihat2 dari orang yg lebih berpengalaman..tentang hidup, keikhlasan..
kebaikannya cukup terasa..

mengingatkan ana pada mak di kedah..

tadi sempat ana menghayati bait2 nasyid Bonda.. yang begitu sayu,..

"Mega nan cerah gelap tiba2 itu tandanya ada bencana

saat itu ku sendirian di sisi kubur bonda sunyi dan sepi

Masih terngiang kata2 nasihat

Pedoman dan belaian kasih bonda

Tapi Kini bonda telah pergi

Perginya tiada kembali

Sewaktu mulaku melangkah dewasa mencari ilmu tugas utama

Ku merantau jauh meninggalkan bonda

Akan ku tunaikan hajatmu bonda

Tapi di dalam menghadapi cabaran kuterlupa tugasku dirantauan

Apakah makan minummu terjaga

Adakah nasibmu terbela

Oh tuhan ampunkan dosa ibuku

Masukkan ia ke dalam jannahmu

Selamatkan ia dari nerakamu

Terangi kuburnya dengan sinarmu

Sedihnya hatiku dibuai mimpimu

Hatiku dialun kecewa dan sengsara

Dosaku ibarat air dilautan

Hidupku sebagai anak durhaka

Oh bonda ampunkan kesalahanku

Tak tersengaja ku mengasarimu

Hatiku kesal tiada terkira

Kau pergi di dalam kecewa

Tidak ku tertahan menanggung seksaan

Setelah kau tiada dugaan yang mendatang

Ampuni dosaku redhokan hidupku

Kaulah mithali pedomanku

Sayu mengenang saat manis itu tangan bonda mengusap pipiku

Terpancar senyuman di wajah bonda agar anaknya beroleh jaya

Didikan islam diberi sempurna walaupun tanpa suami tercinta

Yang telah terkorban kerana illahi

Tabah menghadapi hidup yang sunyi.."


Mak dalam hidupku..teringat kembali ketika darjah satu, ana accident terseret dengan basikal, sampaikan tak boleh berjalan. bila mak balik dari menoreh, mak dukung ana pergi hospital. sampaikan dekat sebulan ana tak boleh berjalan. tak pergi sekolah, setiap kali nak bergerak mak yg akan dukung ana..


ada ketika tu, mak nak jual sekerap. mak juz tolak je basikal dengan sekerap di belakang, ana nak ikut mak. ana duduk di palang basikal tu.. bertambah beban mak terpaksa menolak.. dulu kemana mak pergi pun ana nangis2 nak ikut..

waktu tadika, ana tak nak pergi belajar. ana cakap kat mak ana takut nak jalan lintas titi.. pastu mak hantarkan ana.. pimpin ana ke sana.. lepas tu mak nak kena jalan jauh lagi, pegi menoreh. abis menoreh nak pegi tengok bendang lagi..

kadang2 bila mak jual sekerap di kedai yang berhadapan dengan sekolah rendah, dengan pakaian penuh getah, mak akan singgah bagi duit. bagi 2 kupang (20 sen). ana sangat seronok sebab 2 kupang tu sangat bernilai.. ana boleh beli nasik, tak pun ais krim. dulu tak pernah bawa duit pegi sekolah. biasanya mak jual sekerap dapat la rm10 @ lebih sikit.. getah waktu tu sangat murah, dalam 5 kupang sekilo. dengan duit tu la mak nak bagi belanja sekolah pada kak Ah, pirah, abang juga, nak beli makanan lagi..

waktu sekolah rendah juga, ana tak suka pergi sekolah., cikgu2 selalu marah, rotan ana, pilih kasih... bila mak kejutkan ana.. ana pura2 sakit perut, tak nak pergi sekolah.. mak bagi minyak angin,. ana tak nak juga. n then ana keluar nyorok kat belakang rumah.

bila dah sekolah menengah pun. ana tak suka pergi sekolah.. ana kuat main sukan kat kampung. ana main badminton, randers, mancing, masuk bendang, mandi sungai,..
setiap pagi mak kejutkan ana,. ana rasa tak larat, mak akan picitkan ana sampai boleh bangun..
dan mak sediakan sarapan untuk ana.. mak bg bawa bekal lagi..

dulu ana nakal sangat..

selalu menyusahkan mak..

bila besar sikit, dah jauh dari mak..

dari stp hingga sekarang di universiti ni, ana dah jarang duduk lama2 dengan mak..

aritu,
waktu ana call, dan ana ade kredit ckit je waktu tu, mak tanye nape cakap sekejap sangat..

mak, maafkan ana.. kadang2 ana terleka..
tapi ana sangat rindukan mak..
hanya mak yg faham ana..

ampunkan juga dosa ana..
ana tak nak jadik nakal lagi
doakan ana jadik anak yg solehah..


No comments: