Tuesday, April 14, 2009

nilai sekeping ijazah..

bismillahirrahmanirrahim..

insyaallah, final exam datang lagi bertandang.. time ni library penuh, kat mane pun sume orang sibuk study.. alhamdulillah, betapa bernilainya ilmu yang dipelajari..
seperti dulu bila time exam, halaqah takde, tapi still digantikan dengan liqo mingguan, pertemuan yang lebih singkat bersama2 anak halaqah..

dan ana beginilah.., baru ada kesempatan untuk study, setelah menghabiskan hampir 25 asigment untuk sem ni.. kesibukan harian tak memberi kesempatan yang banyak untuk mengkaji nota2 kuliah... moga Allah permudahkan.. insyaallah, berusaha buat yang terbaik untuk diri, dan serahkan padaNya..
sempat ana membaca catatan dalam buku "memoar hassan al banna", buku yang cukup menyentuh hati, ibrah buat menjalani liku2 kehidupan ini..
insyaallah sama2 kongsikan, agar kita lebih mengerti hakikat menuntut ilmu di lembah perbukitan ini..

Pendapat hassan al banna Mengenai Pendidikan dan Ijazah.

"Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya ulumuddin karangan imam al ghazali’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan.
Saya juga
rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia.

Saya pernah berusaha
menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’. Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad’. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu).

Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya
dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu. Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya.

Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya,

‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah
awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’

Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa
fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam Al-Quran (3:14) maksudnya:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”
Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya;
“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa.”
Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmu kerana hendak menandingi para ulamak terkenal; atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil; atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’

Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana
mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya.
Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikat-Nya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah.

Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas
kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulamak dan ulamak-ulamak sufi.

Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan
keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita.

Oleh itu, jika awak hendak
mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian."

perhatikan sahabatku.. apakah niat kita selama ini benar.. luruskan kembali jalan2 yang tersasar..

=manusia yang dilahirkan, adalah insan terpilih, yang dipilih untuk melaksanakan "mission possible"..
as a khalifah Allah dan abdillah..

terserah kepada kita nak bersungguh2 dalam misi ini, atau nak hanya nak jadi orang yg memerhati nun di jauh sana...

wallahua'lam..

No comments: