alhamdulillah, akhirnya ana berjaya menyudahkan translation kisah sahabat Rasulullah saw ini daripada bahasa indonesia ke bahasa melayu.. daripada buku 60 karekteristik sahabat Rasulullah saw..
kisah yang menggugah jiwa ini..
moga mampu merefreshkn iman kita
insyaallah.

.ABDULLAH BIN AMR BIN ASH
“Ahli ibadah yang sentiasa bertaubat”
Ayahnya adalah seorang yang mahir dalam kecerdasan, tipu muslihat dan siasat. Bagaimanapun anaknya, Abdullah bin Amr juga mahir dalam ibadah dan hidup dalam kehidupan yang zuhud. Seluruh waktu dan kehidupannya dicurahkan hanya untuk beribadah kepada Allah swt. Abdullah benar- benar merasakan manisnya iman dan ibadah, hinggakan seluruh waktu yang terbentang di malam dan siang hari tidak cukup untuk ibadahnya.
Abdullah memeluk Islam lebih dahulu sebelum ayahnya.Sejak beliau masuk Islam dan bersumpah setia kepada Rasulullah saw, hatinya mulai bercahaya bagai sinar pagi oleh cahaya Allah dan cahaya ketaatannya. Sejak beliau menumpukan perhatian yang besar pada kitab al-Quran yang turun secara bertahap. Setiap ayat yang turun, segera dihafalnya. Sehinggakan ketika al-Quran telah sempurna diturunkan Abdullah telah menghafal semuanya.
Beliau menghafal alquran bukanlah sekadar untuk menghafal , tetapi kerana beliau ingin memupuk jiwanya. Setelah itu, Abdullah ingin menjadi hamba yang taat, menghalalkan yang dihalalkan al-Quran, mengharamkan yang diharamkan al-quran dan melaksanakan segala seruannya. Beliau sentiasa membaca dan merenungkan isinya, tersenyum ketika menjelajahi keindahan syurga yang dikhabarkan serta menangis kerana ancaman azab yang dijanjikan Allah swt.
Allah jualah yang mentakdirkan Abdulah menjadi ahli ibadah yang sentiasa menyucikan dirinya. Tidak ada satu pun kepentingan dunia yang mampu menjauhkan dirinya dari ibadahnya kepada Allah swt. Ketika tentera islam berangkat ke medan untuk menghadapi tentangan dari orang-orang kafir , Abdullah sentiasa berada di barisan terdepan dan selalu berharap agar beliau syahid fisabilillah. Beliau benar-benar ingin mati syahid.
Setelah selesai berjuang di medan tempur, Abdullah menjadikan masjid atau mushalla rumahnya sebagai medan utamanya. Beliau berpuasa pada siang hari dan malamnya dipergunakan untuk qiamullail. Sesekali tidak pernah untuknya berbicara soal duniawi meskipun bukan yang terlarang. Bibirnya tidak putus-putus dengan lantunan zikrullah, alquran, tasbih, tahmid dan istigfar.
Betapa tingginya tingkat ibadah Abdullah, hinggakan Rasullullah saw terpaksa menegurnya agar Abdullah tidak berlebihan dalam beribadah.
Seandainya kehidupan Abdullah diibaratkan seperti syiling, maka satu sisinya melambangkan tingkatan ibadah dan kebaikan yang tertinggi, sedangkan sisi yang satunya lagi melambangkan sikatp tidak berlebih-lebihan dalam mencapai tingkat kesempurnaan itu, agar semangat dan cita-cita masih tetap ada, dan agar kesihatan tubuh terjaga.
Rasulullah saw. Telah mengetahui bahawa Abdullah bin Amr bin ash menjalani hidupnya hanya dalam satu irama. Jika tidak dihabiskan di medan perang, maka dari pagi hingga datang pagi berikutnya, ia habiskan untuk beribadah; berpuasa, solat dan membaca al-Quran. Hal ini menyebabkan ayahnya bimbang dan mengadukan kepada Rasulullah. Justeru Nabi saw memanggilnya dan menasihatinya agar tidak berlebihan dalam ibadah.
Rasulullah berkata,
“aku mendengar kamu selalu berpuasa di siang hari dan menghabiskan seluruh malam untuk qiamullail tanpa tidur? Sebenarnya cukup bagimu berpuasa tiga hari dalam sebulan.”
Abdullah menjawab, “aku kuat untuk melakukan lebih dari itu.”
Rasulullah saw membalas, “cukup bagimu berpuasa du hari dalam seminggu.”
Abdullah berkata, “aku kuat untuk melakukan lebih dari itu.”
Rasulullah menasihatinya, “kalau begitu, lakukan puasa yang paling utama iaitu puasa Nabi Daud. Sehari puasa dan sehari berbuka… Aku juga tahu kalau kamu mengkhatamkan Al-Quran dalam semalam. Aku khuatir nanti kamu diberi usia panjang lalu kamu bosan membacanya. Khatamkan dalam sepuluh hari, atau dalam tiga hari… Aku ini berpuasa dan juga berbuka. Aku solat dan juga tidur. Aku juga menikahi wanita. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia tidak termasuk golonganku. ”
Dan benarlah… Abdullah bin Amr dikurniakan usia panjang. Ketika usianya sudah tua dan tubuhnya mulai uzur, beliau selalu teringat nasihat Rasulullah tersebut, lalu berkata, “seandainya saja dulu aku menerima keringanan yang diberikan Rasulullah.”
Ketika Rasulullah saw menasihatinya gar tidak berlebihan dalam beribadah, Rasulullah memegang tangan Abdullah dan meletakkannya di tangan ayahnya lalu bersabda,
“Lakukan apa yang kuperintahkan dan taatilah ayahmu.”
Meskipun selama ini Abdullah selalu taat kepada kedua orang tuanya, kerana Islam memang mengajarkan untuk taat kepada orang tua, tetapi perintah Rasulullah kali ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya.
Kerana itu, dalam usia yang panjang dilaluinya, sesaat pun Abdullah tidak pernah lupa akan nasihat singkat itu.
“lakukan apa yang Aku perintahkan dan taatilah ayahmu.”
Waktu pun terus berjalan.
Seorang mukmin seperti ini sukar ditemui dalam suatu pertempuran yang terjadi sesame kaum muslimin. Lantas mengapa beliau sampai berangkat dari Madinah menuju daerah Siffin lalu bergabung dalam pasukan Mu’awiyah yang sedang berhadapan dengan Ali dan Pengikutnya.
Perlu untuk direnungkan untuk memahami tindakannya, barulah kita akan memahami lalu menghormatinya.
Mu’awiyah di Syam menolak kekhalifahan Ali. Sebaliknya Ali tidak akan membiarkan pembangkangan yang dilakukan tidak pada tempatnya. Maka terjadilah perang antara dua kelompok kaum muslimin. Peperangan pertama, iaitu Perang Jamal berlangsung dan dilanjutkan dengan perang Siffin. Saat itu, Amr bin Ash memilih berpihak kepada Mu’awiyah. Amr mengetahui bahawa anaknya Abdullah sangat dihormati dan dipercayai oleh kaum muslimin. Maka dia berfikir untuk mengajak anaknya anaknya agar berada di barisan Mua’wiyah kerana pengaruh anaknya akan menguntungkan mereka. Selain itu dia berharap kepakaran anaknya dalam peperangan dapat dimanfaatkan. Dia tahu kekuatan anaknya pada peristiwa pembebasan wilayah Syam dan perang Yarmuk.
Ketika Amr hendak berangkat ke Siffin ia memanggil Abdullah, dan berkata kepadanya, “Abdullah, bersiaplah untuk berangkat. Kamu akan ikut berperang di pihak kami.”
Abdullah menjawab, “itu tidak mungkin! Rasulullah telah berpesan kepadaku agar tidak berbunuhan sesama muslim.”
Dengan kecerdikannya , Amr terus berusaha meyakinkan anaknya. Dia menjelaskan bahawa keberangkatan ini bertujuan agar para pembunuh Uthman dijatuhi hukuman. Amr mengeluarkan senjatanya, “Abdullah, masih kamu ingat pesan Rasulullah ketika tanganmu di taruh di atas tanganku. Baginda bersabda, ‘Taatilah ayahmu’? Sekarang, aku menyuruhmu berngkat dan berperang di pihak kami.”
Dengan hati yang berat Abdullah berangkat demi ketaatan kepada ayahnya. Beliau bertekad untuk tidak ikut menghunus senjata dan tidak membunuh sesama muslim. Akan tetapi bagaimana caranya? Yang penting beliau sudah berangkat bersama ayahnya. Seandainya perang itu terjadi, maka Allah yang akan meutuskan apa yang akan berlaku.
Perang pun tecetus dengan sengitnya. Benar-benar mencengkam hati Abdullah.
Setelah pertempuran dimulai, Abdullah mengambil sikap tegas dan terang-terangan menentang peperangan itu, serta menentang tindakan Mu’awiyah.
Abdullah teringat kembali pesanan Rasulullah tentang Ammar bin Yasir..
Dalam peperangan ini Ammar berperang di pihak Ali. Ammar sangat dihormati dan dimuliakan oleh para sahabat. Rasullah ada mengkhabarkankematiannya dan siapa pembunuhnya.
Ketika itu, Rasulullah saw bersama para sahabat sedang membangun Masjid nabawi, tidak lama selepas kedatangan mereka di madinah. Batu- batu yang digunakan sebagai bahan bangunan ialah batu-batu besar dan berat, hingga orang yang terkuat pun hanya mampu mengangkat satu batu. Namun Ammar-kerana sangat gembira dan bersemangat- mampu mengangkat dua batu sekaligus. Rasulullah menyaksikan hal itu. Beliau terus memperhatikannya dengan mata berkaca-kaca. Beliau bersabda
“duhai putera Sumayah. Dia akan mati dibunuh oleh kelompok pembangkang.”
Para sahabat yang ikut dalam pembangunan masjid itu mendengar sabda Rasulullah ini masih tetap mengingatinya. Termasuk Abdullah bin Amr.
Di awal pertempuran antara kelompok Ali dan Kelompok Mu’awiyah, Ammar naik ke tempat yang tinggi dan berseru, “hari ini kita akan berjumpa orang-orang tercinta, iaitu Rasulullah dan para sahabat.”
Beberapa kelompok Mu’awiyah sepakat untukmembunuhnya. Mereka membidikkan anak panah mereka dan berhasil menghantarkan Ammar ke dunia para syuhada. Berita terbunuhnya Ammar tersebar dengan cepat. Abdullah tercengang penuh kemarahan,
“Apa? Ammar telah terbunuh dan kalian pembunuhnya? Kalau begitu, kalianlah para pembangkang. Kalian berperang di jalan yang sesat.”
Abdullah berkeliling di antara pasukan Mu’awiyah, memberikan peringatan, mengendurkan semangat mereka, dan menyatakan bahawa mereka adalah para pembangkang kerana telah membunuh Ammar. Di mana 27 tahun yang lalu, di hadapan para sahabat, Rasulullah saw telah mengkhabarkan bahawa Ammar akan dibunuh oleh para pembangkang.
Ucapan Abdullah itu disampaikan kepada Mu’awiyah. Maka dia segera memanggil Amru dan anaknya itu.
Dia berkata kepada Amr, “mengapa tidak kau diamkan anak gila ini.”
Abdullah menjawab, “aku tidak gila. Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda kepada Ammar, ‘Kamu akan dibunuh oleh kelompok pembangkang.’”
Mu’awiyah berkata kepadanya,”Mengapa kamu berada di pihak kami?”
Abdullah menjawab, “Kerana Rasulullah menyuruhku patuh kepada ayah. Aku telah mematuhinya, tapi aku tidak ikut berperang.”
Abdullah meminta izin untuk bertemu dengan lelaki pembunuh Ammar. Abdullah terus berseru, “izinkan dia masuk dan sampaikan kepadanya bahawa neraka menunggunya.”
Mua’wiyah tidak dapat menahan kemarahannya. Dia berkata kepada Amr “tidakkah kau dengar perkataanya?”
Sebaliknya, dengan tenang damai, begitulah sifat orang-orang bertaqwa, Abdullah menegaskan kepada Mu’awiyah bahawa yang dikatakannya adalah benar dan orang yang membunuh Ammar adalah para pembangkang.
Beliau menoleh kepada ayahnya dan berkata, “seandainya Rasulullah tidak menyuruhku patuh pada ayah, pasti aku tidak mengikuti perjalanan ini.”
Mua’wiyah dan Amr keluar memeriksa pasukan. Alangkah tergejutnya mereka ketika mengetahui bahawa semuanya membicarakan sabda Rasulullah saw terhadap Ammar, “Kamu akan dibunuh oleh kelompok pembangkang.”
Mu’awiyah dan Amr merasakan dasas-desus ini akan menimbulkan pembangkangan terhadap Mu’awiyah. Maka mereka memikirkan suatu muslihat. Mereka menemuinya lalu meyampaikan kepada segenap pasukan.
Keduanya berkata, “:Benar , Rasulullah pernah mengatakan kepada Ammar bahawa dia kan dibunuh oleh kelompok pembangkang. Sabda Rasulullah itu benar dan buktinya sekarang Ammar telah dibunuh. Nah, siapakah yang telah membunuhnya? Pembunuhnya tidak lain adalah orang yang mengajaknya ikut berperang.”
Dalam suasana kacau-bilau ini, berbagai andaian mudah diterima. Begitulah penjelasan Mu’awiyah dan Amr terus diterima oleh para pengikutnya. Maka pertempuran kembali dimulai.
Sedangkan Abdullah bin Amrkembali ke masjid dan ibadahnya. Beliau mengisi hidupnya hanya dengan ibadah. Akan tetapi, keterlibatannya di Perang Siffin selalu membuatnya tidak senang memikirkannya. Setiap kali teringat, beliau terus menangis, “Mengapa aku harus terlibat di Perang Siffin? Mengapa aku harus terlibat dalam perang sesame kaum Muslimin?”
Pada suatu hari, ketika Abdullah sedang duduk-duduk bersama beberapa rakannya di Masjid Nabawi, Husain bin Ali melintas di hadapannya. Keduanya saling mengucapkan salam. Ketika Husain telah pergi, Abdullah berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya, “Mahukah kalian kutunjukkan penduduk bumi yang paling dicintai oleh penduduk langit?
Dialah yang baru melintas di hadapan kita: Husain bin Ali. Sejak Perang Siffin, dia tidak pernah berbicara denganku. Sungguh, redhanya kepadaku, lebih kusukai daripada barang yang berharga sekalipun.”
Abdullah sepakat dengan Abu Sa’id al-Khudri untuk mengunjungi Husain. Di rumah Husain berlangsunglah pertemuan orang-orang mulia ini.
Abdullah bin Amr mrmulakan percakapan. Ketika pembicaraan sampai kepada masalah Perang siffin, dengan nada kesal Husain bertanya kepadanya, “Apa yang menyebabkanmu bergabung di barisan Mu’awiyah?”
Abdullah menjawab, “suatu hari ayahku mengadukan hal aku kepada Rasulullah, ‘ya rasulullah, Abdullah ini berpuasa di siang hari dan malam hari ia habiskan untuk qiamullail’. Rasulullah bersabda kepadaku, ‘Abdullah, solatlah dan jangan lupa tidur. Berpuasalah tetapi jangan terus –menerus dan patuhilah ayahmu.’ Maka, ketika Perang Siffin, ayah menyuruhku ikut bersamanya. Aku pun ikut berasamanya. Akan tetapi, demi Allah, aku tidak pernah mencabut pedangku dari sarungnya. Aku sama sekali tidak melemparkan tombak dan tidak membidikkan panah.”
Ketika usianya mencapai 72 tahun, saat beliau sedang berada di mushalla rumahnya, beribadah, berzikir, memuji tuhannya, ia dipanggil untuk melakukan perjalanan abadi. Panggilan itu disambutnya dengan senang hati. Ruhnya pergi menyusul para sahabat yang telah mendahuluinya. Sementara Sang Pemberi khabar gembira memanggilnya dari atas langit,
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Masuklah dalam golongan hamba-hamba-Ku, Masuklah ke dalam syurga-Ku.
wallhua'lam..
No comments:
Post a Comment