- bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt masih lagi memberikan kesempatan untuk berada di medan ini..
weekdays baru ni merupakan hari yg sangat bermakna buat kami, akhwat2 yang berusaha untuk menjayakan program motivasi di di sebuah top school.
jumaat- ana dan akhwat agak terlewat sebenarnya untuk pergi ke program. jadik kami putuskan untuk bawa motor ke kL... apalagi, drift le dia dengan penuh skill.. ana kat blakang berdoa agar km slamat sampai. bila sampai kL sentral je, akhwat di sana khabarkan takde tiket time tu, jadik kami terus ke pudu..
di puduraya.. agak tragis juga.. akhwat ni dah belikan tiket,-tiket ulat je ana rasa- n then kami turun ke platform.. tunggu punye tunggu takde bus pun.. tetiba datang sorang brader minta ikut dia. ana le orang yg paling depan follow keluar dari platform. malangnya, tetiba je brader ni lenyap dari pandangan.. ahh.. kami terus cari brader ni, tak jumpe pun.. cari bus kat luar, takde pulak.. berjalan ler balik naik ke tempat tiket. takde pulak org kat kat kaunter.. n syarikat tu pun lain namanye.. akhwat di depan ana ni dah serius nampaknya.. coz kami kena sampai sebelum 6.00pm.. jam waktu ni dah menunjukkan 4.00pm.. ana, sabar lagi.. hehe
n then kami diminta untuk g cari betul2 lagi. pegi takde juga.. ana sendiri dah penat.. waktu tu akhwat cadangkan beli tiket lain.. but, kami pun takde duit sangat.. ana terus col abang kat kg, masukkan duit.. itupun katanya malam baru boleh. then ade le sorang brader nak tolong kami.. setelah turun naik beberapa platform akhirnya kami dibawa keluar dari stesyen n naik bus sebenarnye..
but bile naik, bus tu tak terus jalan lame juga baru bergerak.. pengajarannye, beli le tiket bus syarikat yang agak famous supaya tak berlaku masalah ni.. penat betul rasanye.. ana dan 2 lagi akhwat terus je melayarkan diri.. tinggal sorang akhwat ni bertahan bertadarus.. sedar2 je.. dah sampai stesyen yg di tuju..
apapun, ana redha, dan yakin sekali Allah nak membersihkan hati kami agar segala yg dirancang berjalan dengan sebaiknya..
-------------------------------------------------------------------------------------------
program motivasi yang melibatkan student sekolah agama ni, sangat menyentuh hati ana.. walaupun persiapannya ala kadar n banyak on the spot, tapi alhamdulillah berkat keikhlasan dan pertolongan Allah segalanya berjalan dengan lancar.. paling penting objektif dari setiap aktiviti dan pengisian tercapai..
antaranya; full time muslim, spirit to success n step to the right. komitmen fesi n adik2 membuatkan setiap aktiviti jadi begitu menarik. pengisian ceramah yg cukup memberi pencerahan..ke arah kesedaran ummah. ana sendiri menggunakan kesempatan ini, untuk memberi yang sebaiknya pada adik2.. moga perkongsian kita bukan sekadar disitu..
sedikit komentar dari ana, pada akhwat2- kita perlu tekankan lagi tentang kekuatan ibadah- menjaga hubungan dengan Allah.. dan kita perlu proaktif mengambil kesempatan untuk mengimarahkan lagi suasana ibadah- tilawah quran n solat berjemaah di sana..
ana nak kongsikan apa yg disampaikan oleh panel forum..
cara untuk gagal dalam hidup ini:
1-tak bawa payung salahkan hujan
2-berkawan dengan orang yang malas mandi pagi
3-duduk di bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas
4-.memanah didalam gelap dengan mata tertutup
< actually ni peribahasa baru yang ana dengar- tapi tak nak lagi bagikan maksud dia.. hehe
buat akhwat2 sekalian.. moga kita terus ikhlas dan teguh menggalas amanah ini.. doakan sesama kita agar Allah terus memberi kekuatan.
untuk adik2 disana- kalian adalah jiwa2 yang dirindui umat ini andai kalian merindui untuk menjadi mujahidah fi sabilillah- bangunkan hati2 kalian dengan iman.. tempuhi hidup ini dengan mengaut ilmu dan beramal sebaiknya.. kami di sini menantikan kalian untuk bersama berjuang di medan kehidupan yang hakiki..
selamat berjuang !!
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment