Saturday, April 11, 2009

pengajian yg kurindui..



bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt, kerana masih lagi mengurniakan nikmat Islam, Iman, dan tarbiah ini.. yang membuatkan setiap perjalanan ini menjadi lebih bermakna dalam hidupku..

baru tadi sampai ke kolej, dari perak.. perjalanan yang sebentar, tapi cukup berat.. yalah, bila berhadapan dengan amanah yang dipikul cukup berat tanggungjawab untuk melaksanakannya.

insyaAllah moga dipermudahkan perancanganku untuk menyambung pengajian dalam bidang agama. banyak yang dah lost dari pemikiran ni, sejak meninggalkan alam persekolahan agama dan berada di medan komunikasi ini.. namun, tinggi harapan agar diri mampu memberikan yang terbaik untuk tarbiah ini..

betapa kurangnya insan2 yg pakar dalam agama dalam tarbiah di sini.. sedar sendiri kekurangan diri dalam memberi.. dalam halaqah, pengisian, tak banyak pencerahan yang dibawa.. bimbang jua kekhilafan, asbab kelemahan diri..

dulu ketika stpm, terasa kekuatan ketika belajar belajar agama,. subjek usuluddin yang mencakupi tauhid, mantik, ulum quran dan ulum hadis. serta subjek syariah yang terkandung perbahasan ilmu fiqh, usul fiqh, ayat hukum dan hadis hukum.. betapa bernilainya ajaran ustaz ustazah... masih terngiang2 lagi saat ini.

pengetua ana, ustazah zalehah, sentiasa memberikan motivasi agar kami lebih menghargai keberadaan di sekolah itu.. perhatian dia yang sangat besar cukup memberi kekuatan pada ana..

setiap petang & malam ana akan mengajar kawan2.. subjek usuludin, syariah dan pengajian Am. itulah cara ana belajar.. teringat ketika hampir exam, meriahnya suasana belajar di sana.. setiap selepas subuh kami menadah kitab hidayatus sibyan yang di syarahkan oleh ustaz jab.. kitab lama yang membahaskan tentang asas akidah dan ibadah muslim..

itulah, ketenangan & kerahmatan bila belajar ilmu Allah.. dengan niat utk membantu urusan agama Allah.. insyaallah apa yg diharapkan hanya keberkatan dalam pelajaran..

rindunya diri untuk kembali ke medan pengajian agama.. belajar untuk memberi..

"mengajar bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan"

berhadapan dengan bi'ah(persekitaran) disini, sangat mencabar hati.. namun inilah kehidupannya.. kerna itu perlu benar persiapkan diri, iman, untuk berdepan dengan segalanya.. manusia dan dunia yang banyak ragam dan tuntutannya..

kerna ,
sesungguhnya hakikat kehidupan ini hanyalah antara kita dan Allah.. tidak ada sesiapa yang mampu menjamin kehidupan kita di akhirat kelak, melainkan amal kita yang Allah redhai..

biarlah seribu insan pun yang mengilingimu hari ini suatu hari nanti mereka pasti akan meninggalkanmu sorang diri..

wallhua'alam

No comments: