Monday, April 6, 2009

hujung minggu yang berlalu..

bismillahirrahmanirrahim..


setiap hujung minggu ada saje agenda yang kulalui sepanjang di sini, apalagi sejak kebelakangan ini, sentiasa travel bertemu dengan akhwat2 di semenanjung..

jumaat lepas sepatutnya ana ke kuala terengganu, tetapi dibatalkan atas sebab2 tertentu..

camne pun after tu akhwat request ngisi kat melaka pulak. katanya program rehlah bersama akhwat dan mad'u di situ. so ana pun prepair le ckit bahan kepentingan tarbiah yang diminta.


nak dijadikan cerita, setelah cari punya cari mana2 akhwat yang boleh temankan ana takde la pulak sape2 yang free, maklumlah hujung minggu ni suma dah ada agenda tersendiri, jadik ana dengan penuh tawakal nak pg je sendiri.

tiba2 je, waktu lepas asar hari sabtu tu akhwat sorang ni sanggup untuk temankan ana, terharu sangat dalam keadaan dia pun baru abis program.. hehe..akhwat kan teman yang pasti tak sanggup biarkan ana sendirian..

jadik kami pun bertolak ke seremban, nak dijadikan cerita sampai je magrib tu, tiket plak dah abis.. tu la tawakal je, tapi tak usaha datang awal.. camne pun redho je, apa lagi terpaksa la kami patah balik ke ukm.. dalam doa ana, mohon sangat agar Allah permudahkan.

then pagi2 ahad besoknya bertolak lagi ke seremban and terus amik bus ke melaka... ade le sempat kejar2 bus.. hehe.. alhamdulillah dalam bus sempat tilawah, dan menghadam buku Himpunan risalah Hasan Al banna- dalam topik antara semalam dan hari ini.. topik yang sangat memberi pencerahan buat diri ana..

alhamdulillah jam 9 lebih dah sampai kat melaka central,. amik bus dan terus ke taman botanikal.., sebelah taman buaya dan zoo melaka.. subhanallah, cantik sangat tempat ni, sempat ana relaks2 ngan akhwat kat batu besar tu.. bila lalu je dekat gerai jualan tu lagi teruja, pastinya dengan cencaluk, my faveret !
cadangnya nak beli 3 4 botol... hehe.. kecur rasanya..

sampai je taman botanikal, datang akhwat jemput kami untuk bertemu yang lain.. hairan juga ana, coz hanya ada 4 orang je kat citu.. mana pesertanya, tanya ana.. akhwat ni jelaskan, takde peserta yang datang so kita je..

jadik setelah berbincang, agenda sebelum ni ditukar,.. kami bertolak ke rumah akhwat yang berdekatan je dengan situ.. ana terus je adakan liqo untuk membincangkan beberapa perkara yang menjadi amanah untuk dibincangkan..

seronok berkenalan dengan akhwat2 sana,.. walaupun sikit je, dan berdepan dengan banyak masalah sendirian tapi still go on, nakkan pembinaan yang konsisten, dengan amanah2 yang sedang belajar untuk memikulnya.. alhamdulillah perkongsian yang baik antara kami.. moga taujih n masukan yang diberi mampu memberikan kebaikan buat diri antunna,.. insyaallah ana akan kembali ke situ., doakan agar diberi kesempatan..



abis je liqo, kami dihidangkan dengan makan tengah ari,.. waa yang tak tahannye ade cencaluk.. berselera betul suma orang, samapaikan ade yang makan 3 pinggan.. hehe


apapun beberapa hal yang ana sedar, insyaallah akan diusahakan yang sewajarnya untuk perbaikan ke depan, moga tarbiah yang dibawa benar2 mampu memberikan impak yang baik dalam antunna menempuh cabaran idup di sana..



ana dan akhwat bertolak balik ukm selepas asar,.. naik kete dengan akhwat yang kebetulan nak ke sini.. sepanjang perjalanan pun banyak ibrah yang ana dapat.. paling terkesan 5 kali accident kete yang kami lihat..

ya Allah.. paling teruk ana rasakan, accident antara 3 biji keta, gen 2, kete honda yang terjunam di antara bukit dan penghadang serta myvi yang remuk teruk.

seandainya kematian itu takdirnya, tiada sape yang mampu menghalang..

moga kita lebih menghargai detik2 yang berlalu dengan menyemai cinta dalam iman pada Allah, rasul, dan urusan menegakkan agamanya di muka bumi ini..

moga tiap perjalanan meningkatkan iman..

wallahua'lam

1 comment:

Conee said...

wooo.... banyak berjalan jugak awak eh... terima kasih sbb lawat blog saya yg tidak seberapa. :) Selalu-selalu jenguk teratak blog saya eh... :D

"Kita diciptakan sama oleh Tuhan, manusia yang seringkali membezakan kita. Seringkali kita mengadili orang lain sedangkan kita sendiri tidak tahu pahala dan dosa yang kita ada. Sebaik-baiknya, bila bersahabat, sayangi mereka kerana kita selesa dengan mereka dan menerima mereka seadanya..."

Conee