dalam musim yang sepatutnya panas ni, hujan masih lagi bertandang membasahkan bumi yang kekeringan. di luar tingkap masih lagi kelihatan rintik- rintik hujan. sempat dibicarakan dalam info actual minggu lepas tentang fenomena kecelaruan cuaca, la nina & el nino-sekarang ni dah jadi la nina plak.
keadaan bumi yang kurang stabil ni turut berkadar langsung dengan penghuninya. agaknya yang paling kritikal adalah kecelaruan fikrah. ramai yang tidak menyedari adakalanya perjalanan diri, dan tindakan yang diambil tiada asas yang kukuh. fenomena taqlid buta tanpa mengkaji secara intelek membuatkan kita mudah menerima dan mengikut sesuatu.dalam soal kehidupan, kita lihat berlaku krisis identiti antara nilai agama dan pengaruh budaya.
lebih mudah ana nak katakan, hari ni orang yang belajar agama pun masih lagi berbuat apa yang dia tahu perkara itu adalah maksiat yang diharamkan. masih melihat, mendengar, dan berbuat sesuatu yang tidak bermanfaat untuk diri dan agamanya..
pastinya sekarang musuh2 islam sedang bertepuk tangan meraikan kejayaan serang pemikiran mereka terhadap umat islam, tatkala kita sedang leka dengan menikmati segalanya:
dalam protokol ke 13 zionisme menyebut:
“ KITA AKAN TERUS MENGALIH PERHATIAN MEREKA DARIPADANYA DENGAN HIBURAN – HIBURAN, PERMAINAN, HOBI – HOBI KEGHAIRAHAN, ISTANA – ISTANA RAKYAT….. TIDAK LAMA KEMUDIAN, DI AKHBAR – AKHBAR KITA AKAN MULA MENGANJURKAN PERADUAN – PERADUAN DI DALAM BIDANG KESENIAN, KESUKANAN, DAN SEPERTINYA – MINAT DALAM PERKARA INI AKAN DAPAT MENGALIHKAN PERHATIAN MEREKA DARIPADA PERSOALAN YANG MEMAKSA KITA MENYANGGAHNYA”.
Ramai orang yg tidak sedar mengenai Ghazwul Fikr. Akibatnya:
–Ramai yg terpedaya dan hanyut
–Mengikuti budaya barat
–Mempunyai minda kafir
selepas peperangan salib, musuh2 islam sedar tiada jalan lain untuk melemahkan kita melainkan dengan Serangan pemikiran, budaya, mental, dan konsep yg dilakukan secara terus menerus dgn sistematik, teratur serta terancang dengan baik. mereka tidak sekali-kali akan berputus asa hingga muncul perubahan keperibadian, gaya hidup, dan tingkah laku pada umat islam..
ya Allah.. berilah kami kekuatan untuk menepis keinginan2 terhadap kesenangan dunia.;. janganlah hal ini membuatkan kami lalai dalam menegakkan urusan agamamu..
jadikanlah kami insan yang sanggup berkorban semata2 demi iman ini ya Allah..

moga dunia ini sekadar untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi
Abul Abbas Sahl bin Sa’d As-Sa’idi r.a. berkata, “seorang lelaki datang kepada Rasullullah dan berkata,’Wahai Rasullullah tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila kulakukan.aku akan dicintai Allah dan manusia,’ Rasullullah bersabda,”Zuhudlah terhadap dunia,pasti Allah mencintaimu,dan zuhudlah apa yang ada ditangan manusia,pasti manusiapun mencintaimu.”
—(hr ibnu majah)
wallhua'lam
No comments:
Post a Comment