Friday, January 2, 2009

"siapkan assigment ya"

bismillahirrahmanirrahim...

petang tadi, ketika sedang menunggu akhwat di fakulti ekonomi, kelihatan seorang lelaki dalam usia 30 an. menghulurkan kertas kepada siswi2 yang berada tidak jauh dariku.. setelah itu dia datang menyapa ana dengan ucapan salam, lantas menghulurkan sekeping kertas juga. rupanya taqwim solat. sambil itu dia berpesan, "siapkan assigment sebelum habis tahun ini ya"..

berkerut kepala ana.. mungkin pensyarah di sini agaknya,.. dia ingat ana student dia. sedangkan ana budak FSSK. lelaki ini terus melakukan perkara yang sama kepada siswa siswi di sekitarnya. sempat ana mendengar ucapan2 baik yang diucapkannya. hinggalah masuk waktu asar, cepat dia melangkah masuk ke dalam surau untuk melaungkan azan..

sampai saat ini masih terngiang2 lagi pesanannya.: "siapkan assigment sebelum habis tahun ini ya".

assigment apa ye?? ana cuba mencari hikmah..

merenung taqwim solat yang diberikan terasa banyaknya assigment yang belum siap dan ada yang langsung x berjalan lagi. iaitu.: amanah2 yang telah Allah swt amanahkan pada kita sejak dilahirkan. amanah sebagai:

-hamba Allah

-daie ilallah

-anak solehah

-amirah (pemimpin)

-tholibah fi sabilillah

merenung kembali usia 21 tahun ini terasa tiada apalah sangat yang telah dilakukan, sikit sangat sumbangan untuk Islam dan umatnya.. setiap hari kita diberi nafas untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan... namun adakalnya nafas2 di tiap langkahan itu tersasar dari tuntutan2 iman..

apatah lagi bila mendapat tarbiah dan berusaha untuk mentarbiah orang lain.. bimbang sekali andai amanah yang terpikul di bahu ini tersia2. sedangkan Allah akan persoal setiap amanah yang telah diberikan di akhirat kelak..

ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam agamamu.. berilah kekuatan agar kami tetap sabar...

rabbi yassir...

No comments: