Monday, January 12, 2009

Kenapa Boikot ???


SABAN hari kita menatap akhbar yang memaparkan kesengsaraan serta mayat-mayat saudara kita yang 'dilapah' tanpa belas ihsan oleh Zionis sejak 13 hari lepas. Tidak ketinggalan paparan demonstrasi jalanan yang membantah kekejaman zionis yang diadakan di serata dunia, tidak terkecuali di Malaysia.Tidak kurang juga kempen-kempen yang dianjurkan oleh NGO-NGO untuk memboikot barangan serta perkhidmatan yang menyokong Zionis dari Amerika Syarikat (AS).
Memboikot barangan AS adalah satu langkah yang wajar untuk 'mengajar' kuasa besar itu bahawa mereka berada di pihak yang salah dengan menyokong rejim Zionis tetapi itu belum memadai. Ia harus mencakupi pelbagai sudut seperti hubungan diplomatik, ekonomi, kerjasama ketenteraan dan sebagainya. Perlu diingat, kedutaan Israel berada di utara dan selatan tanah air kita yang sentiasa memantau perkembangan negara kita.

Terbaru, Venezuela, sebuah negara Amerika Latin yang majoriti penduduknya adalah beragama Kristian, dengan berani mengambil tindakan menghalau duta Israel sebagai tanda protes kekejaman Zionis. Tahniah diucapkan kepada Presiden Hugo Chavez tetapi pada masa yang sama berasa malu dan sedih kerana negara-negara Islam yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel seperti Mesir dan Jordan tidak berbuat demikian. Mungkinkah kerana kerajaan mereka bacul serta pengecut, sekadar melihat saudara-saudara seagama mereka bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri daripada peluru-peluru Zionis yang tidak membezakan antara wanita dan kanak-kanak atau mereka lebih selesa serta 'bangga' dikenali sebagai sahabat Yahudi, tali barut dan pengkhianat bangsa dan agama sendiri.


Untuk presiden kulit hitam pertama AS, Barack Obama, janganlah kita berharap kepada beliau untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dalam tempoh pemerintahannya. Wajarkah kita, sebagai seorang yang waras fikiran meminta beliau untuk berlaku adil sedangkan kita telah sedia maklum hampir kesemua anggota kabinetnya terdiri daripada Yahudi Zionis serta penyokong-penyokong mereka.Sudah tentu tidak, lebih-lebih lagi untuk mengambil tindakan tegas kepada 'anak kesayangan' mereka iaitu Israel.


Barang diingat, pelantikan Barack Obama sebagai presiden diterima setelah beliau melafazkan 'sumpah dan taat setianya untuk melindungi Israel dalam apa jua situasi' serta mendapat 'perkenan' dan 'belas ihsan' daripada pelobi-pelobi Yahudi Zionis AS. Kepada Israel, kita tidak nampak apa-apa bahasa yang difahami mereka melainkan kita juga perlu menjawab dengan 'bahasa peluru dan bom'.


Akhir sekali, sebagai seorang Muslim, janganlah bersubahat untuk membenarkan setiap sen wang kita dibelanjakan oleh musuh-musuh Islam untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin.Seluruh umat Islam wajib mempertahankan bumi Al-Aqsa daripada dinodai serta dicerobohi oleh Zionis..


peace palestin..

No comments: