Thursday, May 7, 2009

kilas harapan ku disini..

bismillahirrahmanirrahim...


Bila sepi memamah diri
aku terfikir akan
sesuatu impian yang masih jauh.
dan.,
akan sebuah kenyataan yang belum pasti.
serta.,
hari esok yang masih samar.
dengan itu.,
cuba kuhidupkan semangat juang
bagai obor yang tak kunjung padam
walau tengkujuh sepanjang musim
walau kemarau sepanjang zaman.
kerana ku tahu
kejayaan pasti milikku...

(catatan yang ditulis ketika berjuang di medan stpm)


malam ni, malam terakhir ana di bilik ini.. kuo k8j 201. dan juga sebagai penghuni kolej ungku omar.. setelah 4 semester di sini, ana akan pergi menempuh suatu perjalanan baru.. insyaallah..

disinilah, ana dipertemukan dengan tarbiah- perkenalan pertama dengan akhwat di hadapan pintu bilik asrama yang mengubah seluruh hidup ini..

dan dibilik ini- ana bermula untuk mentarbiah adik2 & teman2. indahnya ketika bersama berhalaqah.. ukhuwah yang kita bina kerana nak mencari keredhaan Allah.. masih tergambar lagi.. wajah2 ukhti, yang sanggup bersengkang mata hingga ke pagi, bersama mencari solusi pada permasalahan.. senang sekali ana berkongsi segalanya dengan antunna, tentang hidup dan perjuangan ini...

alhamdulillah juga- tadi berakhirnya paper untuk exam sem ni.. excited nampaknya teman2 sekelas untuk pulang ke kg.. rindu bangat.

ana?
semestinya nak sangat balik menjengok family di kg.. tapi untuk waktu sekarang belum punya kesempatan.. insyaallah sepekan lagi.
sama saja seperti sebelum ni.. banyak perkara perlu diberi perhatian sebaiknya.. semester pendek ni akan kumanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan lagi tsqofah diri..

paling penting untuk melakukan yang sebaiknya bagi amanah yang dipertanggungjawabkan.. sedar sekali betapa Allah melihat apa yang kita kerjakan.. jangan sampai lalai dalam zikrullah, berusaha untuk akrab dengan-Nya agar jalan2 ini sentiasa terpandu..

buat, insan2 yang tak jemu untuk bersama di medan ini, kemaafan kupohon kiranya langkah2 diri ini ade yang menyakiti hati kalian.. jazakumullah khairan kathir untuk sebuah ketulusan bersama. doakan iman kita bersama.. moga kita dipertemukan di syurga kelak. insyaallah

Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna,

"Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah". Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.

wallhua'lam..

1 comment:

Conee said...

"Perjuangan masih jauh untuk ditempuhi... kadangkala terasa lelah untuk terus melangkah sedangkan kita baru tiba di suku perjalanan kehidupan ini."

Semua yang terbaik untuk anda. Moga kita dapat lagi bersua untuk bersama-sama menempuh semester yang seterusnya. Jaga diri baik-baik...