
assalamualaikum..
buat ukhtiku..,
dalam kesempatan yang sedikit ini banyak harapan yang ingin ana perkatakan.. buat ukhti..
biar pun, masa selalu membuat kita tak sempat mengecapi moment terbaik dalam tarbiah ini, tapi insyaallah, ana yakin sekali tidak kira ketika bilapun andainya itu ketetapan Allah pasti segalanya adalah yang terbaik buat kita..
baru saja ana membaca sebuah buku, -manhajun nabiyyi fid da'wah,.. menghayati perjuangan nabi ketika di mekah.., ketika islam baru hendak dibangunkan..
betapa Rasulullah saw menanamkan akidah yang sangat kukuh dalam diri umat.. kemudian bertitik tolak dari situ, syariat dan sunnatullah kehidupan berjalan dengan sebaiknya.. sehinggalah Islam berada di kemuncaknya pada zaman seterusnya..
bagaimana mungkin Islam boleh jadi begitu hebat ukhti?? tak lain kerana akidah yang kukuh bersemi di hati.. menggerakkan seluruh urat nadi untuk mengikut perintah Allah..
itulah yang utamanya- dalam diri kita- untuk bangunkan iman dan tegakkan akidah dalam hati... drpd teladan yang dibawa sirah, seperti itulah kita harus lakukan pada diri..
apatah lagi bagi diri yang sering terasa lemah dibuai arus dunia dan segala cinta yang melingkarinya..
kerana itulah kita seharusnya meletakkan tarbiah rasulullah pada diri ukhti.. biar pun di zaman ini ukhti... apa lagi yang mampu kita lakukan agar diri lebih terjamin di akhirat kelak..
kerana itu ukhti., agar kau menjadi jiwa2 yang kukuh hatinya, ingin sekali ku katakan beberapa perkara:
1. berjalanlah ke seluruh dunia pun, buatlah apa saja yang kau mahu- tapi letakkan dirimu bersama-sama perjuangan dakwah Rasulullah saw..
2. jangan sekali kau pisahkan dirimu dari tarbiah yang baik.. dengan halaqah- hanya halaqah yang mampu membina insan seperti kita untuk lebih mentarbiah diri, lebih akrab dengan Allah, dan bergerak melaksanakan amanah Allah dengan sebaiknya- kerana itulah sunnah Rasulullah..
3. jadilah apa saja mengikut cita2 mu, tapi lakukanlah kerana agama Allah.. jadilah pakar b.arab pun, mudah-mudahan dengan itu kau mampu mendidik insan agar lebih dekat dengan Allah..
4. perkukuhkan dirimu dengan kebersamaan di jalan Allah.. sunnah rasulullah tak pernah berjuang bersendirian.. kerana itu ukhti dalam kesempatan usia yang masih Allah beri.. perkukuhkan langkahmu.. ummat rindukan insan2 sepertimu untuk mencari makna hakikat iman..
5. realistiklah dalam hidup ini..
"Umat manusia membutuhkan kader yang basah hatinya menggenangi hati orang-orang di sekitarnya. Dan, dengan basah rabbani itu, mereka dapat menggenangi hati orang-orang di sekitar mereka. Maka dengan cara itulah, manusia berubah dari satu keadaan menuju keadaan lain dan keluar dari berbagai kegelapan menuju cahaya." (Hasan Al-Banna)
maafkan atas kelemahan diri
wallahua'lam..
(catatan yg ditulis buat ukhti-8buo)
1 comment:
very good writing....keep writing k.
Post a Comment