Tuesday, December 23, 2008

sebuah Cinta dan Harapan ..

assalamualaikum w.b.t

sejak kebelakangan ni fizikal ana cukup tercabar dengan aktiviti outdoor. masih terasa lagi lenguh2 badan asbab pendakian bukit dalam program baru2 ni.. baru suku perjalanan dah termengah2 bernafas.. camne pun bila sampai ke puncak badan rasa sangat fresh.. bersemangat semua orang ketika nak mendaki, sampaikan ada yg tak sempat warming up.. dan begitulah, xde training bina stamina pun..
teringat ketika pendakian di Gunung Datuk, Rembau, setahun lepas, penat betul walaupun tak sampai suku perjalanan.. dan ana pun tak berjaya sampai ke puncak..
begitulah hidup ni, takde yang mudah2.. banyak prepairation perlu dilakukan untuk kita mencapai matlamat.. bersama management dan sikap yang sewajarnya..

di jalan ini, kita berkerja hanya untuk mengejar redha Allah swt.. dan kerja kita membawa risalah-Nya agar sekalian insan tunduk menyembah dan meyakini-Nya.. kerana itu dengan yakin kita menjadi orang yang bersedia untuk mengorbankan diri di jalan ini..

dalam setahun ana ditarbiah di sini, segalanya seperti dunia baru.. kerana kita melihat setiap perkara dengan penuh HARAPAN.. kita sentiasa melihat setiap aktiviti sebagai ibadat. kita yakin pada kebenaran dan berusaha untuk menebarkannya. dan kerana itu kita sanggup untuk berbuat dan terus berbuat.. sepertimana Rasulullah dan para sahabat.. untuk menyampaikan Islam.

kerja2 Islam sangat banyak sedangkan orang yang mau melakukannya begitu sedikit.. dan di sini kita mengambil tanggungjawab tersebut, yang telah pun di amanahkan oleh Allah <(al baqarah:30). untuk mentarbiah jiwa2 yang jauh dari petunjuk al-quran, yang hatinya telah dikuasai oleh cinta pada keduniaan.. kita siram jiwa2 itu dengan ayat2 Allah, dengan akhlak Rasulullah, agar tumbuh kemuliaan d hati2 mereka
Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna, "Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah". Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.

ana sendiri lemas dengan permasalahan sosial umat.. ketika pulang ke kampung sebelum ni tergejut ana dengan berita 2 pelajar asrama sekolah ana(sek agama) ditangkap berkhalwat di sekolah jam 3 pagi. kes penagih dadah membunuh ibunya kerana gagal mendapat wang untuk membeli dadah, pelajar sekolah ditangkap kerana membawa vcd lucah milik bapanya ke sekolah, pelajar form 6 di kampung ana dibunuh dan dibakar kerana membalas dendam, dan yang paling membimbangkan perkumpulan pelajar2 SKIN HEAD yang merosak akidah dan gengster yang semakin berkembang di Kuala Nerang. yang dahulunya hanyalah pekan yang sepi dari arus kemodenan.. bagaimana pula di bandar2 ??

segalanya kini begitu membimbangkan...

kerana itu kita disini bertekad untuk menggencarkan lagi usaha2 tarbiah.. untuk mengeluarkan umat dari jahiliyyah.. mungkin usaha ini nampaknya kecil tetapi sangat besar di sisi Allah..

akhwat fillah sekalian, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, bersabarlah untuk ditarbiah dan mentarbiah.. kerana inilah sunnatullah yang harus kita tempuhi dalam sebuah perjuangan.. kuatkan jiwamu dengan iman. keyakinan yang membuatkan kita hanya berharap pada Allah semata-mata. (at-taubah:111)

sempat ana berbicara dengan sorang akhwat, ketika sama2 sedang menjalankan apa yang diamanahkan disini.. dia melahirkan rasa rendah dirinya, kurang keyakinan untuk menyumbang dalam tarbiah..

> ukhtifillah, ana katakan kita bukanlah ulama, bukan jua fuqaha.. kita adalah daie, yang nak menyeru manusia untuk kembali pada pencipta.. insyaAllah kita orang yang ditarbiah, yang hanya menyampaikan sekadar kemampuan kerana kita berpegang pada hadis Rasulullah saw: "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat".. kita orang yang terkesan dengan ayat2 Allah, yang cuba untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi walau sedikit..

kita cuba mengikut sunnah Rasulullah.. bilamana dia menerima wahyu, terus menyampaikan pada umat. bukannya menanti sempurnanya diturunkan sebuah alquran..

walaupun kita bukanlah faqih dalam ilmu agama tapi ana yakin tarbiah ini sentiasa support untuk kita meningkatkan tsaqofah diri.. untuk lebih dekat dengan ajaran Islam.. belajarlah, dan kuatkan kesabaran dalam beramal.. moga kita mampu menjadi dan melahirkan generasi rabbani dambaan umat.. (ali-imran:79)

No comments: