Thursday, June 11, 2009

"untukmu kader dakwah"

assalamualaikum wbt

insyaallah sebuah cerpen kupersembahkan adaptasi dari perjalanan tarbiah bersama akhwat di medan ini.. moga kita terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menjadi jiwa-jiwa yang kukuh dengan iman.. afwan kathir jua atas kekhilafan diri selama ini- doakan iman ana ukhti.
.


...::Bismillahirrahmanirrahim::…

“Jalan dakwah mengajarkan bahawa kami memang membutuhkan dakwah. Kebersamaan dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kami harus hidup bersama mereka di jalan ini agar berhasil dalam hidup dunia dan akhirat kami.”


Keberadaan di alam kampus ini telah mengajarkan kami untuk lebih menghargai anugerah tarbiah kurniaan Allah swt.. sememangnya tanpa pegangan Islam yang kukuh, mudah sekali untuk kami hanyut bersama arus dunia yang mengiurkan.

Seperti biasa petang itu, semua akhwat sehalaqah, bersiap-siap pergi untuk suatu kebersamaan yang amat indah.. “halaqah”. Tidak ada tempat yang lebih dirindui disini, melainkan duduk bersama mendengar ayat-ayat Allah..

“ukhtifillah yg ana kasihi, Fida, nura, yana dan aisyah, Alhamdulillah, pujian bagi Allah swt, yang masih lagi memberikan kita kesempatan demi kesempatan untuk merasakan tarbiah dariNya.. ”

“Ana mohon agar antunna sama-sama meluruskan niat, bertemunya kita di sini hanya semata-mata untuk mengejar redha Allah ukhti. Tidak untuk urusan lain”

Murobiah tercinta meneruskan bicaranya..

“Rasulullah SAW pernah memberi gambaran,“Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah umpama satu kaum yang berkongsi menumpang sebuah kapal. Ada sebahagian mereka yang menumpang di sebelah atas kapal dan sebahagian lain lagi menumpang di sebelah bawahnya. Penumpang yang berada di bawah kapal apabila berhajatkan air, mereka akan naik ke atas lalu mengambil air itu. Lantas mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kita menebuk lubang di bawah kapal ini, lalu kita mendapat air dengan mudah tanpa menyusahkan penumpang di sebelah atas.

“Justeru, jika mereka dibiarkan saja dan menebuk lubang di bawah kapal itu, nescaya semua penumpang kapal akan tenggelam. Sebaliknya jika penumpang di sebelah atas menegur dan menghalang penumpang di bawah kapal berbuat demikian, nescaya mereka dan semua penumpang kapal akan selamat.”

“Ukhti, bagaimana jika penumpang di atas tak berdaya nak halang penumpang di bawah??” Ukhti Yana melontarkan persoalan yang sudah lama terbuku di hatinya..

Ukhti , kuatkan dayamu. Bekalkan dengan iman.. pertolongan Allah hanya akan datang pada insan yang aqrab denganNya.. Insyaallah pasti Allah bersama kita.

Kami mengangguk setuju… faham sekali apa yang harus dilakukan.. moga Allah memberi kekuatan pada diri..

“ana sentiasa doakan untuk antunna. Moga kalian menjadi jiwa-jiwa yang dirindui ummat”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam yang hening ini membuatkan hati ini terasa sayu.. entah kenapa resahnya hati ini bila tak mampu untuk berbuat dengan sebaiknya.. setiap minggu berhalaqah, namun aku masih lagi berat untuk menyampaikan..

Terngiang-ngiang bicara murobbiah sebelum ini..

“Ukhti aisyah, “ Keluarlah dari kepompong, lihatlah dunia disekeliling ukhti dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi..“

“Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, sedangkan Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri.

Dalam sujudku, penuh pengharapan pada Illahi, sedar sekali hakikat diri sebagai hamba-Nya..

“Ya Allah hanya engkau yang mengetahui segalanya.. pertemukanlah aku dengan insan yang akan menguatkan dakwah ini..“

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu perkuliahan sememangnya agak memenatkan. Apatah lagi bila berada di perbukitan ilmu ini. Setiap perjalanan memerlukan pendakian.. dengan buku-buku yang tebal aku termengah- mengah bila menaiki anak tangga yang menghubungkan antara kolej dan fakulti..

Titt,Titt !!, tone handset berbunyi, menandakan ada sms.. aku membaca dengan penuh perhatian,.

Double Bracket: “ukhti, ana mohon bantuan, ana accident. On dway nak pergi halaqahkan adik sekolah.“           -Ukhti yana-

Ya Allah !!, berat ujian mu..

Aku bergegas pergi melihat apa yang berlaku..

Ukhti Yana, akhwat yang cukup kental jiwanya.. dimana saja dakwah memerlukan dirinya, tak pernah bertangguh.. seperti juga cita dan harapannya untuk mati di jalan Allah. Ukhti, moga Allah memberikan ketabahan dalam hatimu..

-------------------------------------------------------------------------

“tahan ya ukhti, ana sapukan ubat,“

Berkerut muka ukhti yana menahan kesakitan.. accident yang melibatkan motorsikalnya dengan sebuah kereta itu membuatkan sudah 3 hari dia terlantar di bilik asrama..

Ana dan akhwat-akhwat sentiasa berada disampingnya sekadar membantu apa yang diperlukan..

“ukhti ana teringat, firman Allah dalam surah al ankabut, ayat 2

“apakah manusia mengira, bahawa mereka hanya akan dibiarkan dengan mengatakan ‘kami telah beriman.‘ Dan mereka tidak diuji?“

“doakan, agar ujian ini lebih mendekatkan ana dengan Allah“ pinta ukhti yana.

“afwan kathir ukhtifillah, banyak sangat menyusahkan antunna. Hanya Allah mampu membalasnya..“

Ukhti fida datang hampir dengannya, sambil tersenyum dia memulakan bicara,

“ukhti, antara kita ibarat suatu tubuh, mana mungkin kami untuk biarkan ukhti menghadapinya sendirian., ana nak jadi seperti ukhti, untuk hidup dalam dakwah.. ukhti, doakan ana agar mampu seperti itu. “

“ukhti, comel jugak ukhti camni kan. !! “

Hehe.. kami ketawa bahagia...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asar petang ini agak menenangkan hati.. alhamdulillah baru selesai tadi solat berjemaah di masjid universiti .. aku mengatur langkah keluar dari perkarangan masjid. Namun tiba-tiba langkahku terhenti. Perhatianku beralih kepada seseorang yang berada berhampiran sungai di tepi masjid..

“assalamualaikum.. adik, maaf menganggu.. nampaknya seperti ada masalah.., aku mula menyapanya lembut.“

“takde apa kak,“ terus dia menyeka air mata yang sedang mengalir..

“nama akak, kak aisyah..“ Aku menghulurkan salam sambil tersenyum..

Dia membalas senyuman ku..

Senyuman yang cukup bermakna.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bermulalah halaqah demi halaqah.... program demi program...

Double Bracket: “Ukhti, insyaallah malam ni halaqah kita seperti biasa, luruskan niat“ -ukhti aisyah-

Ku sentkan mesej pada semua anak halaqah tercinta. Tersemat pesanan murobiahku, “ukhti, binalah anak-anak halaqah kita dengan cinta, hargailah kehadiran mutarobbi dalam hidup kita, sayangilah mereka agar sentiasa dalam redha Allah.“

Ah .. Tak sabar rasanya utk bertemu mereka..

Aku melangkah mendapatkan motorsikal yang telah banyak berjasa itu.. enjin kuhidupkan, dan terus memecut perlahan.

Tiba-tiba, enjin motorsikal mati. Aku merapatkan diri di bahu jalan. Kuperiksa apa yang mungkin rosak, tetapi nampaknya semua dalam keadaan baik.

Kubuka tangki minyak.. ahh,“ dah takde minyak rupanya“..

Aku memikirkan untuk mengisi minyak. Bimbang jika membuatkan anak halaqahku ternanti-nanti kehadiranku.

Ku buka dompet, ahh, sekadar berapa keping syiling yang pastinya tidak cukup untuk membeli minyak..

Motorsikal kutolak ke tempat yang lebih selamat,. Aku meneruskan perjalanan ke kolej dengan berjalan kaki, terus berjalan menaiki anak-anak tangga..

--------------------------------------------------------------------------

Tuk tukk !!

Bunyi ketukan dari luar pintu..

Aini bingkas bangun, membuka pintu..

“Akak , kenapa nampak penat sangat ni, dia menegurku yang kelihatan berpeluh-peluh..“

„Tak de ape, maaf, akak lambat. “ aku menyeka peluh, lantas bersalam dengan aini.

Aku mulakan halaqah malam itu dengan penuh pengharapan..

“ya Allah, tunjukkan hati kami dengan cahayamu..“

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum..

Waalaikumsalam wbt.. oh, ukhti Yana.. dari mana ni?

Ana dari library.. eh.. ni kenape plak berkemas-kemas beg? Ukhti nak pergi mana, seronok je nampak.

Ukhti nura tersenyum.. “ana nak balik kg esok, dengan kakak. Dah lama tak balik, rindu sangat.“

“Bestnyer.. nanti, jangan lupa bawakkan gulai tempoyak ikan patin, favourite ana yer.“

“insyaallah.. hehe, ade je ukhti ni. Mak ana dah tak sabar nak jumpa ana ni tau..“

Tutt tutt !!

Mesej tu, ukhti.. Ukhti nura lantas mencapai handphonenya..

Double Bracket: “salam. Ukhti diminta untuk menggantikan akhwat untuk follow up di matrik pahang esok. Ana harap sangat  ukhti boleh“           -Ukhti murobiah-

‘Ukhti, kenapa tu..,‘.. ukhti yana nampak riak wajah akhwatnya yang berubah..

“Erm.. nampaknya, mungkin ana tak dapat balik kampung, “.. sebak suaranya menjawab lantas menghulurkan handphone kepada ukhti yana.

Camne ana nak katakan pada family ni?, lagipun ana dah lama sangat tak balik..

Ukhti yana melangkah duduk hampir dengan hadani.

“ukhti, ana faham.. dan moga ukhti juga dapat memahami, tugas yang diamanahkan buat kita bukan suatu urusan yang boleh diambil mudah... memang , kebersamaan dengan family sangat penting, dan indah. Tapi dalam keadaan sekarang ukhti harus memikirkannya.. takkan mungkin untuk kita biarkan adik2 di matrik yang dahagakan tarbiah terbiar, tanpa halaqah ukhti...“

“ukhti, kita lihat kembali, bagaimana sahabat Rasulullah saw, Mus’ab bin umair, seorang pemuda kaya yang sangat dicintai ibunya. Tapi bila dia tersentuh dengan tarbiah Allah, sanggup untuk tinggalkan kemewahan hidup. Bila dia diutuskan ke madinah untuk menyampaikan Islam, subur dakwahnya, hinggakan kerana itu islam menjadi lebih kukuh. “

Ukhti putuskanlah yang terbaik.

Ukhti nura menyapu wajahnya dengan dengan tangan, lantas berkata “ana faham ukhti.. afwan kathir.. ana sedar aturan Allah pastinya yang terbaik.. doakan ana..“

Insyaallah ukhti, moga kita mampu menjadi jiwa-jiwa yang sanggup mengorbankan kepentingan diri di jalan Allah.. ukhti yana memegang erat bahu nura.. mereka sedar amanah yang digalas ini adalah pekerjaan yang serius dan memerlukan persiapan yang kukuh untuk melakukannya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jalan dakwah ini mengajarkan bahawa kami harus mengerti, sangat sedikit orang-orang yang sanggup mengemban amanah dakwah ini. Kerana sesungguhnya dunia itu lebih indah di mata mereka. Namun, kami takkan sekali berputus asa untuk membawa mereka kepada kehidupan akhirat yang teramat indah.

Text Box: “akak, maafkan saya. Saya rasa dah tak mampu untuk berada di sini. Saya bukan orang yang layak untuk  melakukan dakwah.. tinggalkan saya, saya punya cita-cita sendiri yang ingin dicapai“. -Aini-

Email yang baru dibaca ini, sangat meremukkan hati ini.. Ya Allah apa salahku.. adakah kerana dosa-dosaku, menghalang dia untuk memahami tarbiahMu..

Air mata mula membasahi pipi.. perit rasanya bila kehilangan mutarobbi yang sekian lama dibina. Terkenang kembali detik- detik kebersamaan kami dalam tarbiah..

Dengan hati yang berat, aku melangkahkan kaki. Seperti biasa malam ini, ade liqo untuk membincangkan permasalahan dakwah di kampus..

ya Allah.. , ampunkan aku.. pasti ini aturan yang terbaik dariMU..

-------------------------------------------------------------------------------

Murobiahku tersenyum memandang satu persatu riak wajah kami.. pastinya dia mengerti apa yang tersimpan di lubuk hati ini..

“ukhtifillah,

ingatkan..

Setiap marhalah itu ada rijalnya

Setiap marhalah itu ada masalahnya

Jadi Kita masing-masing ada cubaan dari Allah

Begitu juga dakwah kita

Ubatnya, adalah, kesabaran ,keihlasan antunna, pengorbanan teman2,

dan kita kembalikan keaslian dakwah ini

Kita gapai dakwah ini

kita bawa dakwah ini

Kita habis-habis kerana dakwah ini

Kerana apa?

Kerana Allah saja ukhti, kita ingat bagaimana kata Allah, bagaimana kata Rasul.“

Taujih yang sangat memberikan motivasi kepada kami di saat ujian mendatang....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senja yang suram membuatkan hatinya diselimuti kebimbangan..

“Ya Allah, moga engkau sentiasa memelihara murobiahku, aku harus yakin.. “ bisiknya perlahan..

Sudah berkali- kali dia menelefon ukhti syuhada, Murobiah tercinta yang pergi menghalaqahkan adik2 di sebuah sekolah yang agak jauh, tapi hanya suara operator yg menjawab. Jam sudah menunjukkan waktu 11 malam. Sepatutnya dia pulang jam 8 malam lagi.,

assalamualaikum, ukhti kenapa ni, resah nampaknya.. teguran ukhti nur mengejutkannya..

ukhti, hati ana ni bimbang rasanya.. murobiah kita, ukhti syuhada belum pulang2 lagi. Katanya jam 8 akan sampai.. tapi sekarang..

jalan sekitar sana, bahaya, gelap.. ana bimbang motorsikalnya..

ana tau ukhti syuhada tak punya duit, dia belum makan lagi hari ni. Siang tadi tak nak dia terima pemberian ana..

ukhti nur memegang tangannya. “ukhti, bertenanglah, sama-sama kita doakan agar Allah tak lepas menjaganya..“

“ukhti ana nak pergi mencari ukhti syuhada.. ukhti tunggu di sini.“ Pantas saja ukhti fida melangkah untuk mencari ukhti syuhada..

Dicarinya di bilik akhwat lain, di blok, surau, dan tempat parking. Tapi tak jua ade..

Terus dia memecut motorsikalnya ke tempat lain..

Jam sudah menunjukkan jam 12 malam.. dia melihat di perkarangan masjid.. tidak ada apa2 kenderaan. Tapi entah kenapa kuat hatinya untuk berhenti di situ..

Pantas dia berjalan masuk ke masjid.

Kasut !! dia yakin itu kasut ukhti syuhada..

Perlahan dia melangkah masuk ke ruang solat perempuan.. dia melihat, jauh di sudut sana, seseorang sedang bersujud. Yakin sekali itu murobiahnya.

Dia duduk di belakang menunggu.. dia melihat murobiahnya sedang berdoa..

Perlahan dia mendekati, duduk di belakang murobiahnya..

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata., Ya Allah terimalah segala amal kami, ikhlaskan aku dan akhwat2 untuk berbuat keranamu,. Dan kuatkanlah anak-anak halaqahku untuk menempuh jalan ini. ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau. Ya Allah, biar apapun ujian yang datang, tetapkanlah hati kami di jalan tarbiah ini, hanya kepadamu aku berserah dan mohon pertolongan. Ya Allah, moga Engkau mengurniakan jannahmu kepada kami di akhirat kelak. ameen"

Sebak jua rasanya hati ini.. ukhti besarnya harapan ukhti pada kami..

“ukhti,“ aku memanggil murobiahku..

“maafkan ana.“ Aku memeluknya erat..

"Kalau ukhti nak masuk jannah, jangan tinggalkan ana." Terharu rasanya ukhti fida..

“insyaallah ukhti, maafkan ana juga.. doakan untuk kita bersama”. Ukhti syuhada jua sangat terharu. tidak pernah terbayangkan ada orang yang akan berkata begitu kepadanya.

Dia teringat,maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. "

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biar mungkin, anak halaqahnya telah tekad untuk pergi dari jalan ini, ukhti aisyah takkan mudah untuk melepaskan amanahnya sebegitu saja. Malam itu, dia melakarkan bait-bait ayat, untuk tatapan Aini, anak halaqah yang sangat dicintainya.

“ukhti,.. adikku yang kucintai kerana Allah…………………………………………”

Esoknya, ukhti ima menaiki anak tangga asrama. Meletakkan surat di bawah pintu bilik aini.. dengan penuh harapan. Setelah itu dia pergi dari situ..

--------------------------------------------------------------------------------
aini baru pulang dari kelas, pintu bilik dibukanya, lantas di melihat sekeping surat di lantai.

Aina mengambilnya, membaca perlahan..

“ahh, k.aisyah.. maafkan aku..”

Aina mengerti sekali, sedikit masa yang dilaluinya tanpa tarbiah benar- benar kosong.. dia sedar dia tidak boleh hidup tanpa tarbiah.. walau sejau manapun dia berlari, dia tak boleh menafikan hatinya. gambaran hidup yang dilaluinya terimbas sebentar..

“akak , bantu saya..” aini rindu sebenarnya. Rindu untuk ditarbiah.. kesilapan semalam banyak mengajarkannya..

Aini terus berlari- dia ingin mengejar kembali nikmat tarbiah.. dia ingin hidup dalam kebersamaan di jalan Allah. Dia melihat ke kiri dan kanan. K.aisyah tidak kelihatan di situ..

Dia ingin benar bertemu dengan murobiahnya dulu..

--------------------------------------------------------------------------

Sayup-sayup, suara bacaan ayat-ayat suci kedengaran di pinggir tasik. Ukhti aisyah berhenti sejenak. Melemparkan pandangannya ke dalam tasik.. tenang..

‘ alangkah baiknya jika hati ini tenang sepertimu‘.. bisik hatinya

Jauh di belakang aini melangkah laju menghampirinya. “k.aisyah, maafkan ana, ana rindukan ukhti, ana rindukan hidup seperti dulu“. Aini memeluk ukhti aisyah erat..

akak maafkan saya..

ukhti aisyah tersenyum sebak, “adikku, tarbiah itu anugerah Allah“

ukhti aisyah melangkah hampir dengan tasik,...

“adikku, bersabarlah dalam nak mentarbiah diri... jauh lagi perjalanan ini.. apapun yang kita rasakan, tetaplah yakin dengan janji Allah..

Ana rindukan kita untuk bertemu di syurga adikku..

“ Akak“, terharunya aini.. “ya Allah, berikanlah kekuatan buat kami“.........

-------------------------------------------------------------the end---------------------------------------------------------



1 comment:

satuKALIMAH said...

Salam Ukht,
Alhamdulillah..ana terharu membaca kisah perjalanan dakwah enti di sana..
Syukran jzln atas perkongsian yang di berikan semasa ana datang ke sana..
Honestly, ana membacanya hingga menitiskan air mata..Indah ukhwah yang terbina kerana Allah..
dan Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kita kan..? =)