bismillahirrahmanirrahim....
pagi ini, cukup tenang rasanya.. sejuk.. melihat di luar tingkap, ujan dah pun berhenti..
ujung2 minggu begini sangat2 ana nantikan,..
dalam tempoh 2 bulan yang berlalu, setiap ujung minggu sentiasa diisi dengan program, daurah dan segalanya.. sentiasa bergerak atas urusan yg di amanahkan..
(motor yang setia menemaniku)
tambahan pula bila hari kuliah, yang sangat pack, membuatkan badan rasa agak semacam..
sejak di sekolah lagi, asyik lenguh2 ja.. angin semacam..
setakat pagi ni, still dekat lap top.. sejak dari tadi selepas membaca mathsurat dengan akhwat, ana membaca berita2 malaysia (biasanya politik negara).. kemelut yang tak sudah.
after tu baru ana mengumpulkan bahan untuk pengisian sempena maulidur rasul di upm.. setakat ni dah 3 kali akhwat upm request untuk bagi pengisian, cuma sekali dulu ketika pengisian ramadhan ja ana dapat pegi... insyaallah untuk kali ni moga dipermudahkan...
ingat nak cari bahan yang lebih praktikal.. kisah rasulullah ni memang cukup menarik,.. cumanya ana arap dapat sampaikan dengan lebih berkesan dalam tempoh sejam lebih nanti..
alhamdulillah., semalam dapat juga untuk adakan taklim pertama bagi sem ni,. dah lama sebenarnya ana teringin nak cari mad'u baru.. dan akhirnya Allah anugerahkan jua pertemuan itu.. moga mad'u2 ana terus istiqamah untuk mentarbiah diri.. ana melihat segalanya dengan penuh doa dan pengharapan.. mudah-mudahan mereka bukan sekadar mampu memperbaiki diri, bahkan turut bersama2 mentarbiah insan lain..
teringat mesej sorang akhwat pada ana,
"ukhti, bersabarlah untuk menuntut ilmu, moga sem yang sibuk ni menjadikan anti hebat di sisi-NYa.."
sem ni sangat mencabar, dengan lambakan asigment yang x abis2.. lecturer yang agak stress.. ana blajar menjadi orang yang lebih kuat.. kadang2 terasa penat, dengan perkara2 yang ana rasakan kurang manfaatnya.. tapi mengenangkan ini juga amanah buat diri, terus juga melangkah.. bersama segalanya yang melingkari hidupku sebagai student komunikasi..
memang ana diuji dengan study sem ni... akhir2 ni pun macam2 yang berlaku pada diri.. moga doa2 mak, kak, akhwat2 sekalian menjadikan segalanya diberkati Allah..
amanah sebagai hamba Allah dan khalifahnya membuatkan masa2 kita lebih bernilai dari segalnya... moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk diri dan semua akhwat2 serta adik2 yang rindukan islam tertegak di muka bumi ini..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment