Wednesday, March 11, 2009

al khairiah yang kurindui..




bismillahirrahmanirrahim...

baru sebentar munirah, sahabat dari uia mesej,
result stpm untuk sekolah kami, sek men agama al-khairiah,
yang terbaik sekadar 1A 2B dan 2C..

sejak tahun2 kebelakangan ni, ku sedar sekali, prestasi adik2 di sekolah makin menjunam.. berbanding ketika zaman kegemilangannya dulu..

memanglah kualiti itu, bukan sekadar diukur dari exam, tapi apa yg kulihat juga, kualiti diri sebagai student agama semakin pudar.. ruh islam tu dah tak menggambarkan imej yg sepatutnya..

entah kenapa bila bercerita kembali tentang sekolahku tercinta ni, terhimpun kerinduan yang sangat mendalam..
di hati ini, ingin sekali kembali menabur bakti pada adik2 yang sangat2 memerlukan perhatian..
dulu pun memang pernah kukatakan pada diri, untuk mendidik generasi seterusnya di sana..

dulu aku tinggal di asrama masa form 5, asrama perempuan hanya menumpang bangunan yang dulunya asrama lelaki.. manakala budak2 lelaki dipidahkan ke bangunan sek yang kosong. setiap kali berjalan dari asrama kami ke sekolah, aku selalu melihat bangunan terbengkalai yang sepatutnya menjadi asrama perempuan. bangunan 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 itu, terbiar sampaile aku menghabiskan pengajian di sana pada tahun 2007.. dulu pernah tersemat di hati, untuk membangunkan kembali bangunan itu..

sekolah kami, cuma sekadar sekolah agama rakyat, yang dananya telah ditarik balik kerajaan pada tahun 2003.. teringat ana pada tahun tu ramai sangat yg keluar dari situ.. daripada -+1000 orang juz tinggal dalam 500.. cikgu2 pun pakat2 keluar nak keje kerajaan.. takut susah agaknya..
sekolah hanya bergantung pada yuran pelajar dan bantuan2 masyarakat setempat..

dengan facilities yang xde sangat, guru yang kurang dan tak berpengalaman sekolah ni terus melangkah.. sekadarnya..

student di sini bukan seperti di sek kerajaan @ yg di support,.. untuk berjaya usahanya perlu berlipat2 ganda.. tanpa guide sangat ana dulu surve seniri, study giler2, buat latihan banyak2, cari tuisyen.. buat analisis seniri.. pokoknya bukan di suap2..

rindu sangat waktu tu..
ketika melangkah dengan penuh pengharapan, segala cabaran dilalui dengan tabah..
berdepan dengan mentaliti yang tak membina membuatkan kita jadi semakin kuat di situ.

ramai tokoh2 yg lahir dari situ.. yg melanjutkan pelajaran ke luar negara..
besar jasanya biarpun sering dalam kedaifan..

al khairiah, rindunya aku, untuk kembali ke situ..
sepertinya cam dah jadik orang bangi je..
kesempitan waktu membataskan diri untuk kembali ke situ..
insyaallah walau di sini, tetap aku kan mendidik generasi yang kan mendokong Islam

Allahu Akbar !!

No comments: