Tanggal 7 0kt0ber 1987.Mendung langit di Kampung Parit kian menebal. Sepertinya akan turun hujan di pagi ini. Namun awan masih lagi tidak mahu melepaskan takungannya, terus membiarkan kesuraman di tompok langit.
Orang-orang kampung di sini langsung tidak menghiraukan langit yang mendung itu. Sayup-sayup kedengaran bacaan surah yasin mengiringi pemergian Haji Ali, lebai kampung yang baru menghembuskan nafas terakhir pada pada hening subuh pagi ini. Kelihatan ramai yang berkumpul di dalam dan di halaman rumah. Suara tangisan bayi silih berganti. Anak-anak dan saudara mara tidak putus-putus membacakan ayat-ayat Allah di hadapan sekujur tubuh yang baru meninggalkan sisa-sisa hidupnya.
“baru sahaja aku bercakap dengan Bang Haji minggu lepas”, Pak Ya mula melontarkan bicaranya.. katanya, ‘macam manelah keadaan anak-anak aku bila aku dah tak dak nanti’.
“kesian anak-anak dia, masih kecik lagi dah pergi paknya. Tu, yang bongsu baru sahaja 20 hari usianya dah yatim”. Tok Mad menyampuk sambil menggulung rokok daunnya.
“udah tu pulak emak nya pulak sakit, makin tertekan hidup. Camnelah nasib anak-anak dia. ”sambung Tok Mad lagi.
Pak Ya memandang Tok Mad, sambil berkata,“Allah akan jaga lepa semua. Kita tak yah bimbang. Tapi tolong tengokkan sama lepa nanti”. Tok Mad dan juga orang-orang kampung yang berkumpul di halaman rumah mengangguk-angguk..
Kelihatannya mereka bersiap untuk mengusung jenazah ke tanah perkuburan yang yang terletak 1 km dari rumah usang itu..
--------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment