Monday, March 8, 2010

ana dan aku..

pegi menghalaqahkan di kmns- follow up jejauh ni cukup memberikan semangat.. moga ada peluang untuk menjadik murubiah jauh2.. huhu

classmate komunikasi dasar awam 3rd year- sem yang memberi makna antara kami..


group kenangan terakhir: kempen kecil- iklan, bersama rina, tina, ain dan tikah.. tak sabar nak grad

ngantoknya dalam kelas kebelakangan nih.. siap dapat kartun comel nih..

Tuesday, March 2, 2010

Satu hati..

Projek iklan group kempen kecil komunikasi dasar awam.

jazakillah khair buat ukhti rozie, bantu akak wat iklan ni..
semoga ukhti jua sukses

Tuesday, February 9, 2010

a GreaT JouRney"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jumaat lepas, sesudah solat isyak, aku memecut motor ke shah alam. Bersama ukhti una, kami akan menghadiri training yang dinantikan sejak 2 bulan lalu. Apalagi dengan jiwaku yang agak gersang, macamtak berapa stabil iman. Merasakan tak mampu mentarbiah diri dengan baik, apatah lagi untuk anak2 halaqah yang setia menanti saban minggu.

TRAINING ESQ 165 mahasiswa Angkatan 11 di SACC CONVEC.. perjalanan hampir satu jam yang mencabar.. berada di sungai maut cukuplah diiringi doa2 agar Allah memberikan kebaikan buat kami. Una beberapa kali tersengguk-sengguk mengantuk. Kesian, lewat abis kuliahnya di usim tadi.. Alhamdulillah akhirnya tiba kami di bilik ukhti aina di uitm. Besok ana, una, aina, farah dan wana yang datang jauh dari unimap akan bersama berjuang untuk mencari satu keYAKINan.. insyaAllah..

Hari pertama di ESQ 165 TRAINING.. 1-ihsan, 6-iman, 5-islam


-bila ditanya oleh trainer Firdaus Djamari, apa tujuanku datang ke sini? = jawabku,: nak dapat hati yang baru.. dia tersenyum.. katanya: ke sini hanya untuk BERSERONOK. Emm.. aku nantikan dulu apa maksudnya..


Perjalanan dan pengurusan pogram yang cukup perfect.. emm berbaloi dengan membayar rm440 (setelah diskaun)


Step pertama training, kami melalui 2 journey yang sangat memberi makna. Alter journey and inner journey- sesuatu yang cukup membuka minda dan hatiku.. mengukuhkan keyakinanku.- journey ini disusuli dengan training suara hati dan zero mind process. Teori and then application sangat menyentuh jiwaku.. huhu, sebaknya di dada..


Seterusnya pada petangnya kami melalui sebahagian peringkat ke dua untuk menyelesaikan mental building. Slot terakhir- Vision principle= cukup menyentuh hati sanubariku.. satu hal yang wajib untuk aku tidak lupakan. AKU AKAN MATI. Bukan aku tidak tahu, tetapi apalah yang ku punyai sekarang untuk menghadapinya..


Jam 8 kami pulang ke uitm. Selepas isya terus melelapkan mata. Penat- terlalu banyak menangis.. actually aku bukan seorang yang mudah untuk menangis- dibesarkan dengan ketabahan- seperti kebapaan, bak kata sorang akhwat tu..


Keesokan harinya..


Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan lagi..
Diteruskan dengan mental building. Yang paling bermakna adalah ketika ana dibisikkan dengan dua kalimah syahadat, dan mengulannya semula. Terasa seperti baru memeluk islam. Besarnya makna di sebalik kalimah tersebut. Ketika itu, doa2 memohon keampunan dan jua buat kedua ibu dan ayah kulantunkan sepenuh jiwa..


Akhirnya slot Personal Strength yang merungkaikan rukun islam dengan nilainya yang hebat.. aktiviti simple dan menyeronokkan, tapi cukup unik.. dengan gabungan visual dan audio yang mantap membuatkan ESQ TRAINING cukup berbeza untuk dialami..
Sebenarnya, hampir 70% bahan di ESQ telahpun aku dapati, tetapi yang menjadikannya cukup bermakna- coz pendekatan komunikasinya yang sangat efektif .


Allah jualah yang mengkehendaki untuk aku menerima hidayah, disaat diri merasa gersang di hati..
Membuatkan diri mengerti, erti dan makna hidup ini. Untuk aku mengejar cinta Allah..
Moga Allah meredhai dan menguatkan hatiku dan akhwat2 untuk iistiqamah.

................................................................................................................................................. .



Dari al-Nawwas bin Sim'an radiyallahuanhu dari Nabi SAW sabdanya :
"Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya.Diriwayatkan oleh Muslim."

Tuesday, January 12, 2010

ketika itu....

bismillahirrahmanirrahim..

Hasan al banna, ketika ditanya kenapa tidak menulis dan mencetak buku seperti kebanyakan ulama.. katanya, "biarlah aku mencetak insan-insan yang boleh mencetak ilmu"..

kesibukannya mencetak kader-kader, membuahkan hasil besar yang menjadi khazanah dalam dakwah islam..

subhanallah..

aku- kesibukan dalam final sem ni, agak membataskan diri.., sentiasa menjadikan imam as syahid sebagai inspirasi...

ingin sekali mencetak kader2 yang tulus

kerana itu harus untuk mentuluskan diri.

dengan projek-projek kursus yang perlu mula bergerak kerja.. amanah yang berat ..

mudah-mudahan peluang ini, memberi manfaat yang baik buat diri dan orang lain..

dan insyaAllah agenda dakwah yang akan semakin hangat, untuk menebarkan rasa cintanya pada insan-insan yang dikasihi di perbukitan ini..

moga Allah menguatkan usaha2 kita..

biarpun sedikit ujian2 yang muncul menghiasi laman kita, tetaplah sabar untuk sebuah harapan untuk perjuangan ini..
................................................ .

-->
Percaya selepas melihat sesuatu, tidak ada apa2 erti, tetapi percaya sebelum melihat dan berusaha untuk merealisasikannya itulah ukuran sebuah keimanan..
Moga kita menjadi insan yang terpilih di jalan Allah swt..


rindukan kak siti..

dok bebaik kat german, even rindukan madrasah tarbiah yang best nih..

MT pun rindukan akak..

dekat di hati,

whatever u do, Allah always be there..
.......................................................................................... .

Saturday, October 31, 2009

untuk kita mengerti..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekali lagi, aku membaca post: Manusia Berhubung Dengan Perasaan dari blog saiful islam..

"berhubunglah sesama manusia secara manusiawi kerana manusia tidak pernah peduli sebanyak mana yang kamu tahu, hinggalah mereka tahu sejauh mana kamu peduli."

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Aal Imraan 3: 159)

Buat ukhtifilah...

dari sahabat2 yang pernah bersamaku..

adik2 yang sabar, tabah .. untuk merasakan tarbiah..

dan akhwat yang sentiasa tak jemu untuk bersama merencana...

untuk kali ini..............

aku memohon kemaafan dari antunna..
....................................................................................................... .


mendengar taujih dari akhwat, cukup menyentuh jiwa ini... luahan rasa yang ingin minta difahami..
sebagai mutarabbi..

aku sedar sekali tentang itu..

kerna itu, pernah aku jelaskan sebelum ini tentang "support system".. suatu rangka tarbiah yang akan memberikan setiap orang ruang untuk menjadi generasi rabbani mengikut kadar kemampuannya..

biarpun mungkin aku melalui fasa yang berbeza dari sekarang, namun aku memahami tentang "keterbatasan" setiap orang..

aku memikirkannya tentang itu..

mengevaluasi diri, banyak pendekatan sebenarnya yang cuba untuk direvolusi sepanjang melalui jalan ini,.

kerna aku yakin sekali, manhaj ini bukan terlalu complicated untuk direalisasikan,,

dan kerna itu aku cukup "menghargai" setiap usaha2 yang telah diberikan..

jazakumullah khair..
..............................................................

kita inginkan..

hasil dari hablumminallah itu adalah hablumminannas...

akhwat tarbiah: harusnya santun, lembut bicara, s.o.b, bersungguh dalam amanah..

apatah lagi bila mengaku diri daie..

aku selalu menghitung diri: ya Allah, benarkah aku ini layak sbg daie??

............. dalam kekurangan..

kerna kutahu,

kau anugerahkan jalan ini untuk suatu "hikmah".

............................................................................................
ukhtifillah, biarlah langkah kita, berbuatnya kita dengan ketulusan..

dengan rasa "cinta"..

kerana dakwah itu... dari hati..

.......... "jagalah hatimu, agar hati insan lain turut terjaga "

Saturday, September 26, 2009

Memoar sepekan kader..

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur alhamdulillah, Allah memberikan lagi kesempatan buat kita pada saat ini, untuk merasakan kehidupan dan segalanya yang melingkari hidup ini..

ramadhan yang telah berlalu meninggalkan makna yang begitu mendalam buat diri.. medan terbaik mengkoreksi diri ini..
menilai diri sebagai hambaNya..


sekadar 4 hari berada di kampung untuk menyambut syawal.. aidilfitri dalam kamus idupku sekarang jauh berbeza dari zaman kanak2 dulu.. dalam kedewasaan ini, masing2 sudah punya kehidupan sendiri.. apatah lagi bila rumah di kampung halaman sudah tidak punya sesiapa.. agak kesepian bila pulang ke sana.. camne pun sempat berkunjung ke rumah sanak saudara..

rindukan pula kesibukan untuk bergerak di medan yang sudah sebati dengan jiwa ini.. pulang awal kesini untuk beraya di rumah akhwat2 sekitar..

paling ingin untuk bertemu, anak halaqah tercinta.. yang hari ini akan flight ke mesir.. belajar
medic di sana.. sebak rasa bertemu dengannya- tak terucap bicara di hati- entahlah, biar hanya 2 bulan menjadi murabbiah pdnya, tapi ikatan di hati ini, sangat bermakna..

sedikit kenangan bersama cukup bererti, memberikan perbaikan buat diri ana..

insyaAllah doa2 akan terus mengiringi agar ukhti menjadi mujahidah da'ieyah yang teguh dengan keimanan.. harapan yang tertanam sejak pertama kali bertemu..

-masa terus berlalu, membuatkan kita harus lebih realistik untuk membuktikan komitmen yang benar untuk dakwah ini.. moga Allah terus menguatkan hati ini dengan iman yang kukuh..

..:ketika berdaurah bersamanya:..


= sebak menghayati nasyid ini:

Anugerah

Munsyid : Nahwan Nur


Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita

Saturday, September 5, 2009

The New Paradigm Muslim..

Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah ana baru pulang dari johor.. nak kongsikan slaid pengisian ana di utm petang tadi.. tak sempat nak explainkan,.. moga bermanfaat..














wallahua'lam..

Friday, August 21, 2009

perjalanan di sabah

bismillahirrahmanirrahim..

insyaallah sedikit gambar2 ketika misi ke sabah minggu lepas.. perjalanan 3 hari yg sangat membekas di jiwa..
1st time nek flight


di jambatan gantung tamparuli


menziarahi sabah tea




di kaki gunung kinabalu


menikmati seafood di pasar pilipin


mencari mutiara di pasar pilipin..

ni juz perjalanan pada hari jumaat.. hari2 selepasnya kami meneruskan misi sebenar ke sabah.. perjalanan yg sangat penuh dengan ibrah.. jazakumullah buat akhwat fillah sekalian- perhatian besar yang diberikan dari ukhti.. moga Allah memberi kekuatan buat antunna meneruskan perjuangan di sana

wallahua'lam

Friday, August 14, 2009

Hanya untuk kali ini...

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyaallah sedikit bicara bersama2 mutarabbi tersayang di medan ini untuk dikongsikan bersama..

assalamualaikum.. wbt..

teristimewa buat ukhtiku yang dikasihi kerana Allah..
moga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

afwan kathir, buat ukhti sekalian- mungkin setakat ini tak banyak yang ana mampu bina buat halaqah kita..
waktu yang berlalu ini membataskan diri dari melakukan amanah yang diberi dengan sebaiknya..
ana sendiri rasakan tak mampu untuk memberikan yang terbaik buat ukhti..,

setiap langkah yang ditempuhi banyak lagi perkara yang ana pelajari dan harus untuk belajar..

nak berkongsi sedikit-..

ketika ana baru mengenali tarbiah setahun yang lepas- setiap kali hadir dalam pertemuan2, hati ini terasa sangat sayu, sebak je.. setiap bait2 ayat yang didengar ibarat air yang menyiram padang pasir.. terasa nikmatnya tarbiah yang diperolehi..

berulang kali- kami diingatkan agar mengikhlaskan niat.. ikhlas..

semakin lama ana semakin memahami kekuatan ikhlas- disaat mufaraqah (gugur) akhwat2 yang dulunya bersama-sama membangun dalam tarbiah ini, kami mengevaluasi diri.. syukur kerana di saat ini Allah masih lagi memberikan kesempatan demi kesempatan untuk kami berada di jalan yang sangat mulia ini- biarpun kami sedar sekali, betapa diri sering lalai dari benar- benar berbuat kerana Allah..

betapa ana memahami, filter Allah itu boleh jadi pada diri kita. andai Dia boleh memberi hidayah kepada sesiapa, begitu juga kesesatan...

teringat bagaimana dakwah ini mula membangun disini.. dulu, dari sedikit kita memulai, dalam keadaan yang serba kekurangan- ketika itu, akhwat yang yang sedikit itulah harus sekali menguatkan diri- berinfak dalam senang atau susah.. menghabiskan duit, masa dan hidup demi sebuah keyakinan- untuk membawa tarbiah Islam-

tidur malamnya sangat sedikit, berhalaqah, berdiskusi, membincangkan permasalahan ummat..
tidak sekali merisaukan kepentingan diri-
setiap program yang dilakukan- atas biayaan bersama.. ada saja yg diinfaqkan..

dalam keaadaan yang kekurangan itu, ada sesuatu kekuatan yang terbekal di sebaliknya.. bekalan yang diinspirasikan dari kalimat-kalimat cinta beserta liku2 sirah Rasulullah saw dan para sahabat..
yakni= bekalan "IMAN"

kekuatan inilah yang membuatkan kita yakin- biar apa saja yang menimpa diri, janji Allah itu pasti akan datang- biar lambat- namun kita bersabar..

daripada evaluasi yang kita lakukan, sudah banyak pembaikan yang kita lakukan..

kita yakin sekali dengan manhaj al-quran dan sunnah Rasulullah lah yang mampu untuk membentuk jiwa2 yang tulus pada agamanya..

dalam tempoh beberapa tahun disini- sudah banyak halaqah yang mampu kita bina..
atas pertolongan Allah, kita ingin melahirkan generasi alquran, yang bukan sekadar membaca al-quran- tetapi hidup dengan Al-quran.

tapi ukhti,
sedikit hal yang membimbangkan ana..
semakin lama kita berlari di sini kadang2 ana dapat rasakan- kehilangan sesuatu yang menjadi nadi pada tarbiah ini..

sepertinya pudar ruh tarbiah itu..


bila kita semakin membangun- bimbang mungkin kita terlepas banyak hal- untuk mempertahankan assolah (keaslian) tarbiah ini..

mungkin kita tak mampu untuk membentuk jiwa2 yang=


1- sanggup mengorbankan kepentingan diri demi tarbiah. menginfakkan jiwa n harta demi kepentingan ummat..
2- tidak mengutamaan hal2 yang menjadi kesukaan pada diri.
3- proaktif untuk ditarbiah dan mentarbiah
4-proaktif untuk mantapkan pengetahuan yang kurang.
5- emphathy terhadap sesama muslim.
6- bersemangat tinggi dengan kebaikan- n benci dengan kemaksiatan

7- merasakan kebersamaan dengan semua akhwat tarbiah..tidak hanya ukhwah itu berlegar pada halaqah masing2, hinggakan bila ditukar murabbiah baru, kurang memahami katanya..
ukhti, tarbiah Allah itu yang utama- yang lainnya hanyalah anugerah sampingan..

ana membaca kisah ikhwanul muslimin, juga membaca kisah2 dari dakwah di indonesia..
bagaimana kukuhnya suatu binaan dengan adanya posisi masing-masing yang diletakkan pada bangunan tersebut..

ukhti, berjalanlah ke seluruh pelosok dunia- tapi sematkan di hati- tidak ade hal yang lebih utama- daripada keyakinan yang kita akan menghadap Allah- hisab nanti..

ana ingin sekali agar kita menjadi jiwa2 yang tulus berjuang kerana Allah..
maafkan diri yang sering terkhilaf- insan biasa yang ingin merasakan kasih sayang Allah..

doakan ana

moga ukhti menghargai kesempatan yang sempit ini..

wasalam

Kerana aku sangat yakin..
Bahawa aku mempunyai peranan yang tersendiri di jalan ini yang tidak bisa di gantikan oleh sesiapa pun..
Dan lihatlah nanti..Aku akan mencipta sejarahku yang tersendiri di jalan ini..

Friday, July 24, 2009

menadah embun di hening pagi..

bismillahirrahmanirrahim....

saban minggu yang dinanti cukup membawa sebuah ketenangan yang tersimpan di lubuk hati.. alhamdulillah untuk saat ini Allah masih memberikan kurnia terbesar dariNya, nikmat Islam, Iman dan nikmat tarbiah..

kembali ana mencas energy dalam loji halaqah..

dalam surah Ar-Ra'du ayat 11, Allah swt berfirman:

"Baginya (manusia) ada malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia"

ya Allah- lemahnya diri kita.. bukan sekadar di jaga malaikat di depan dan belakang, bahkan dikiri dan kanan- malaikat yang mencatat segala amal baik dan buruk kita.. betapa sejauh manapun kita berlari kita takkan lepas dari perhatian Allah swt..

asbab itu- optimislah dengan Allah.. kita yang menghantar signal kepada Allah..

dalam jalan tarbiah ini sendiri- bersikap optimis itu sangat penting..
you what you think you are..

dalam mengajak insan kembali membersihkan aqidah- memang, terkadang rasa sangat penat- orang di luar sana mungkin pelik melihat suatu pekerjaan yang tak nampak hasilnya- buat masa sekarang..

seandainya kita optimis, Allah jua akan optimis dengan kita..

teringat haritu, ketika kami tengah membuat roti hotdog untuk jualan di kolej2.. sorang akhwat ni menduga, "laku ke tak jualan kita ni ye- mungkin ramai yang dah beli makanan."

-akhwat sorang lagi membalas- "ukhti sepatutnya cakaplah, insyaallah moga jualan kita habis, Allah pasti akan memberikan rezeki yang baik pada kita.. bersangkalah baik ukhti, dalam kerja kita.."

dan alhamdulillah jualan kami sebanyak 200 biji roti hotdog abis terjual- buat mengumpul dana untuk support dakwah di medan ini...

dorongan dari apa yang kita fikirkan..

Dr mahathir dalam menuju Wawasan 2020 yang dirangkanya.. dia menjadikan slogan "Malaysia Boleh" sebagi signal optimis..

hasilnya kita lihat sendiri sekarang..

optimis dalam perjalanan hidup akan membuatkan kita punya "TARGET" yang jelas untuk di capai..

target untuk meningkatkan kualiti diri..
target untuk untuk pembinaan anak halaqah..

Dalam buku 'THE SUPER LEADERSHIP RASULULLAH', menceritakan tentang Rasulullah saw yang mempunyai 22 peranan..
sebagai hamba Allah, rasul, suami, bapa, sahabat, pemimpin, tentera dan banyak lagi......

pelbagai peranan dalam satu masa..

namun Rasullullah sentiasa perform yang terbaik in every step.. dengan keyakinan yang kukuh pada penjagaan dan pertolongan Allah..

apa pula peranan kita? disini=

hamba Allah
daie
anak
student
adik
pekerja
pemimpin
yang dipimpin
dan ape2 je....

sentiasalah optimis dengan peranan kita..

kita mampu berbuat sebaiknya..

kerana Allah sekali2 tidak meletakkan bebanan melainkan apa yang terdaya bagi hambaNya..

"tidak ada ertinya bagi seorang muslim yang beribadat- bersolat, berpuasa, zakat dan sebagainya,

tidak akan dinilai.."

selagimana aqidahnya tidak bersih !!

-tersentak ana ketika ustaz Ibnor Azli membahaskan perkara ini dalam kuliah di fpi khamis lalu..

lantas ana mengangkat tangan, "ustaz bagaimana tahap yang kita perlu capai untuk memastikan aqidah kita bersih??"

ustaz menjawab=

"berbalik kepada 6 rukun iman yang kita imani,

percaya kepada Allah
percaya kepada malaikat
percaya kepada kitab
percaya kepada rasul
percaya kepada hari kiamat
percaya kepada Qada' dan Qadar

percaya itu bukan sekadar di bibir..

ustaz menceritakan-

ada suatu hari tu- sorang student perempuan call ustaz- dia bertanya- pertanyaan yang mungkin pelik dikuluarkan oleh sorang budak fpi:

"ustaz kenapa Allah tak adil pada saya?"

kenapa ditimpakan segala nasib buruk dalam hidup saya?

saya ada sepupu-anak bapa saudara saya yang tinggal di sebelah rumah saya. dia seorang yang cantik- belajar di oversea, nikah dengan orang yang tampan dan berkerja besar. bapa saudara saya hidup senang, isterinya juga berasal dari keluarga senang. anak2 mereka semua berjaya dalam bidang masing2,

namun di sebelahnya- rumah kami.. ayah saya hanya bekerja buruh biasa, keluarga kami susah. mak saya cacat, adik beradik saya semua tidak berjaya sambung belajar. cuma saya sorang je dapat masuk ukm.

sekarang saya dah 3rd year- dan saya baru tau saya menghidap penyakit yang memang tak dapat diubati !!

"kenapa Allah tak adil pada saya ustaz?"

ya Allah- apa keyakinannya..

mempersoalkan tentang qada' dan qadar Allah membuka langkah kita kepada jalan kesesatan..

sedangkan penerimaan kita pada ketentuan Allah itu wajar sekali- kerana kita sekadar hamba.. ciptaan Allah.. yang dicipta- dan akan dimatikan..

bila tiba waktunya..

sekali lagi- optimis dengan Allah adalah aqidah kita..

sahabat sekalian..

persoalkan di mana keimanan kita sekarang??
apa nilainya, andai komitmen kita terhadap islam lemah.??

contohnya- kita mengatakan beriman kepada al-quran-
tetapi jarang membacanya...,

bila membaca ayat tentang perintah menutup aurat kita tidak berbuat..

itu tandanya keimanan kita masih lemah.."

hanya ini sekadar sedikit perbahasan yang ana ingin sebut di sini- banyak lagi hal yang sangat penting untuk kita fahami-

sangat urgent dan important sekarang- untuk membina aqidah yang bersih..

moga Allah terus membukakan hati kita untuk menerima hidayah dariNya..

Ya Allah berilah kekuatan untuk terus ku melangkah mencari redhaMu..

wallhua'lam..